Perak Hari Ini

Perak bakal mempergiat industri seni seiring dengan wawasan negara

Penubuhan Kampung Karyawan di kawasan seluas kira-kira 22 hektar berdekatan Gua Tempurung di Kampar, mampu menarik tumpuan penggiat seni serta karyawan ke negeri ini.

Pada masa sama ia berupaya mengembangkan bakat dan memacu budaya kreatif di kalangan karyawan dan masyarakat setempat sekaligus mencambahkan lebih banyak hasil seni untuk pembangunan industri seni negara.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata kerajaan negeri bersedia memberi peluang dan membuka pintu kepada semua karyawan sama ada golongan sasterawan, budayawan, penggiat filem, pengukir arca, aktivitis teater, penulis, pelukis, wartawan, jurufoto dan pengkarya lain untuk berkarya di perkampungan itu.

“Sebagai permulaan, kerajaan negeri meluluskan sejumlah RM1 juta bagi penyediaan tapak, infrastruktur asas, landskap dan pemindahan 13 bangunan yang mempunyai ciri unik dari tempat lain ke situ.

“Selain memberi ruang karyawan dalam semua genre untuk menulis dan mencipta, ia juga bertujuan mempromosi perpaduan serta kefahaman menerusi seni dengan mengadakan program felo menerusi penyertaan tempatan dan luar negara, serta merealisasikan hasrat golongan generasi muda yang bergerak aktif untuk mewujudkan keharmonian sosial menerusi bidang masing-masing,” katanya.

Kerajaan negeri juga berhasrat memasukkan acara itu sebagai satu daripada aktiviti utama kalendar pelancongan Perak mulai tahun depan menerusi lebih banyak penyertaan dari luar negara seperti penyair dan penggiat lagu rakyat dari China, Russia dan Afrika Selatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");