Perak Hari Ini

Perak dijangka setinggan sifar hujung 2012

Walaupun Perak tersasar daripada mencapai matlamat setinggan sifar pada tahun 2010, kerajaan negeri yakin masalah itu dapat diselesaikan pada penghujung 2012.

Malah kerajaan negeri amat yakin dengan pendekatan yang diambil untuk mencapai matlamat setinggan sifar itu.

Perkara itu dijelaskan oleh Exco kanan negeri, Datuk Hamidah Osman kepada media setelah menyampaikan kunci rumah Sekim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah di Kampung Pisang, Batu Gajah, yang terletak di dalam DUN Sungai Rapat, dan melibatkan FELCRA sebagai badan pelaksanan, hari ini.

“Cara kerajaan negeri menyelesaikan masalah setinggan ini adalah membahagikannya kepada tiga pendekatan utama.

“Nyata, dengan cara ini kita dapat menangani masalah setinggan dengan agak cepat,” kata Hamidah, yang juga ADUN Sungai Rapat.

Pendekatan-pendekatan yang Hamidah maksudkan adalah petempatan ‘in-situ’ yang tak perlu pindah ke tempat lain, menggantikan tapak rumah di tempat lain sekiranya tanah diambil balik oleh tuan punya, dan perbincangan, sekiranya tapak adalah hak milik persendirian, dan bila perlu, kerajaan negeri boleh membeli tanah itu untuk diberikan kepada setinggan yang telah lama menetap di situ.

Sepanjang tahun 2010, jelas Hamidah, sebanyak 14 rumah dibina untuk golongan yang memerlukan di DUN Sungai Rapat, termasuklah setinggan.

Penerima kunci rumah di Kampung Pisang hari ini, Robiah Ngah Saidin, 60, telah menetap di atas tanah rizab Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) berhampiran selama lebih 30 tahun sebelum rumahnya dirobohkan untuk memberi laluan kepada projek landasan berkembar kira-kira enam tahun lalu.

Sungguhpun ibu tunggal itu sudah mendapat tapak di dalam kampung itu juga tetapi beliau yang hanya bergantung hidup kepada anak-anak yang bekerja di Kuala Lumpur, tidak mampu membina rumahnya sendiri.

Selain di Kampung Pisang, penyerahan kunci rumah hari ini, juga melibatkan dua lagi tempat di dalam DUN Sungai Rapat, iaitu Kampung Seri Jaya dan Pengkalan, yang mana mereka ini adalah tiga yang terakhir menerima bantuan rumah untuk tahun 2010.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");