Perak Hari Ini

Perak masih perlu aksi pemanas badan- Norizan

Pasukan Perak masih memerlukan beberapa aksi pemanas badan untuk menguji gandingan penyerang bagi memantapkan barisan depan Skuad Seladang menjelang kempen Liga Super menentang Kuala Lumpur di Stadium Cheras, pada 29 Januari ini.

Ketua jurulatih, Norizan Bakar, berkata gandingan bekas pemain kebangsaan yang baru menyertai pasukan itu, Akmal Rizal Rakhli dengan beberapa penyerang lain sudah diuji dalam beberapa perlawanan persahabatan tetapi ia masih belum menampakkan keserasian dan ketajaman yang berkesan.

“Saya mempunyai 28 pemain untuk membina skuad mantap. Semua pemain mempunyai potensi untuk diturunkan dalam kesebelasan utama dan beberapa gandingan baru sedang diuji dan saya yakin dapat pasangan paling berkesan dalam baki tiga pemanas badan lagi sebelum bertandang ke Kuala Lumpur,” katanya ketika ditemui dalam program Sehari Bergotong-Royong membaiki rumah keluarga miskin di Parit 22, Sungai Lampam Utara, Sungai Manik, semalam.

Selepas bertungkus lumus di padang, skuad Seladang mengambil pendekatan baru dengan mendekati peminat menerusi kerja amal dan kemasyarakatan serta menanam semangat cinta pada pasukan.

Antara pemain yang turun padang dalam program dengan kerjasama Yayasan Bina Upaya (YBU) itu ialah Akmal Rizal, K Nanthakumar dan Chan Wing Hong.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Zainol Fadzi Paharuddin berkata, aktiviti luar padang itu memberi peluang kepada pemain merehatkan minda dan merapatkan jurang dengan peminat – Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");