Berita Hari Ini

PM Sentiasa Ingatkan Jemaah Menteri Supaya Jaga Hak Kaum Lain

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sentiasa mengingatkan jemaah menterinya supaya mengiktiraf hak-hak rakyat mengikut kaum dan agama masing-masing.

Katanya Najib sering menasihatkan menteri kabinetnya bahawa perpaduan dan kesatuan kaum-kaum ini boleh menjadi retak jika ada menteri yang mengenakan syarat dalam pembangunan sesuatu kaum.

“Kita seharusnya jangan mencabul apa-apa hak itu. Apa yang telah menjadi asas kepada sesuatu komuniti tidak menjadi rintangan kepada perpaduan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Karisma Sekolah Menengah Kebangsaan Undang Jelebu di sini, Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib semalam yang mahu agensi swasta dan pertubuhan bukan kerajaan bersama dengan kerajaan dalam memastikan golongan tidak berkemampuan terus mendapat pembelaan.

Katanya hak setiap kaum di negara ini telah dijamin oleh perlembagaan dan dengan itu hak-hak tersebut janganlah dicabul.

Sementara itu dalam ucapannya, Rais menekankan bahawa galakan kerajaan dalam membudayakan pengetahuan Teknologi Maklumat termasuk pemberian komputer riba percuma kepada pelajar bukan untuk disalahgunakan.

“Jika kemudahan dan pengetahuan internet ini telah memberi kebaikan, kita rasa amat bersyukur,” katanya.

“Keburukan juga banyak ada dalam internet seperti penyebaran fitnah dan pornografi tetapi pengguna jangan terus membiarkan budaya mereka hanyut dalam arus permodenan ini walaupun komputer, internet dan perisian dicipta oleh masyarakat luar negara,” kata beliau. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");