Perak Hari Ini

Projek Yayasan Bina Upaya di DUN Kubu Gajah, Selama

23 Januari 2011-Kubu Gajah Selama Perak;- Hari ini mencatatkan satu sejarah yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat oleh Puan Naam bt Mohd Adil kerana Yayasan Bina Upaya di bawah kerajaan Barisan Nasional telah meluluskan bantuan umtuk membantu ibu tunggal ini mendapatkan sebuah rumah baru yang lebih selesa daripada apa yang beliau ada hari ini.

Puan Naam telah berjaya mendapat peruntukan untuk membina sebuah rumah baru melalui permohonan melalui E-Kasih. Menteri Besar Perak Yang Amat Behormat DatoSeri Dr Zambry Abdul Kadir telah dapat melapangkan masa merasmikan projek tersebut dalam lawatan  kerja beliau ke Dun Kubu Gajah petang tadi.

Puan Naam melahirkan perasaan bersyukur dan terima kasih yang tidak terhingga kepada Adun Kubu Gajah, YBM Raja Dato Seri Hj Ahmad Zainuddin Raja Hj Omar, Yayasan Bina Upaya dan Kerajaan Perak di bawah Barisan Nasional. Beliau tidak menyangka yang Menteri Besar sudi hantar untuk menyerahkan kunci replika sendiri kepada beliau dan ia menjadi kenangan sepanjang hayat beliau.

Turut hadir dalam majlis penyerahan ialah pegawai-pegawai YBU, En Fauzi Kassim Naib Ketua Bahagian Larut, Ketua Polis Selama dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");