Berita Hari Ini

Pusat Khidmat ADUN Seri Muda Disimbah Cat Merah

ANGGOTA Polis keluar daripada pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Parti Keadilan Rakyat (PKR) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei selepas melakukan pemeriksaan susulan disimbah cat merah di Bukit Kemuning, Shah Alam. (Gambar kecil) Pintu masuk pejabat ADUN Seri Muda turut disimbah cat. - Foto NSTP

SHAH ALAM: Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Muda, Shuhaimi Shafiei yang terletak di Kota Kemuning telah disimbah dengan cat merah awal pagi tadi.

Shuhaimi ketika mengesahkan kejadian itu menerusi SMS berkata, kakitangannya yang tiba di pejabat pada jam 6 pagi Jumaat melihat lantai bawah di bangunan empat tinkat itu telah dipenuhi dengan cat berwarna merah.

“Terdapat juga kesan retakan pada cermin tingkap,” kata Shuhaimi yang kini sedang dalam lawatan ke Indonesia.

Pegawai khasnya Azmizam Zaman Huri telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Shah Alam di Seksyen 11, di sini.

“Premis ini dilengkapi dengan kamera CCTV. Jadi biarlah pihak polis menyiasatnya,” kata Shuhaimi.

Ketua Polis Shah Alam, Zahedi Ayob mengesahkan bahawa pihaknya telah menerima laporan mengenai kejadian itu.

Shuhaimi kini menjadi subjek kepada beberapa laporan polis yang mengadu bahawa beliau telah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina institusi raja selepas membuat komen dalam blognya pada 30 Disember lalu berkaitan dengan kontroversi pelantikan setiausaha kerajaan negeri yang baru.-MStarOnline

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");