Perak Hari Ini

Rumah Warga Tua Seri Payung akan diberikan geran dan bantuan-Dato Hamidah

Batu Gajah 11 Jan – Rumah Warga Tua Seri Payung di Kampung Ara Payung mempunyai seramai 4 orang warga tua iaitu dua lelaki dan dua perempuan masing-masing berumur diantara 59 tahun hingga 67 tahun. Makanan dan minum mereka diuruskan olehPuan Maimunah yang juga tinggal di Kampung berdekatan.

Setiap penghuni warga tua ini diberikan bantuan RM300.00 seorang oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, RM150.00 akan digunakan untuk perbelanjaan untuk menyediakan makan dan minim mereka setiap bulan dan yang selebihnya buat membeli pakaian jika perlu.

Rumah kebajikan ini ditubuhkan atas inisiatif jawatankuasa penyelaras yang dianggotai oleh 8 orang penduduk sekitar kawasan ini. Terdapat 3 buah bangunan yang telah didirikan oleh kerajaan negeri Perak. Sebuah bangunan adalah untuk pihak pengurusan yang dilengkapi ruang pejabat dan bilik mesyuarat dan dua buah bangunan lagi adalah untuk asrama penghuni lelaki dan penghuni perempuan yang boleh memuat sehingga 16 orang dan dilengkapi dengan peralatan tempat tidur dan ruang untuk berehat.

Baru-baru ini pihak pengurusan telah mengemukakan masalah yang dihadapi kepada akhbar Sinar Harian iaitu:

1. Mereka tidak mampu untuk membiayai kos menyelenggara kompleks ini seperti memotong rumput, mencuci bangunan, membaiki peralatan paip dan elektrik.
2. Mereka juga memerlukan peruntukkan bulanan bagi membayar bil air , elektrik dan telefon.

Ekoran dari itu walaupun mempunyai jadual yang padat YB Dato Hamidah Osman Adun Sungai Rapat segera turun melawat ke kompleks Warga Tua Seri Payung ini bagi meninjau permasalahan sebenar yang dihadapi oleh pihak pengurusan dan penghuninya.

Setelah hampir sejam YB Dato Hamidah meninjau dan berbincang dengan pihak pengurusan kompleks ini, YB Dato Hamidah telah dapat mengenalpasti beberapa kelemahan yang dihadapi oleh pihak pengurusan antaranya ialah:

1. Ahli jawatankuasa yang pengurusan kurang aktif dalam menguruskan rumah kebajikan ini, mereka gagal bermesyuarat dan berbincang mengikut keperluan. Mereka juga kurang aktif berjumpa dengan pihak yang bertanggungjawab seperti Majlis Daerah, Pejabat Daerah dan pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk memohon pertolongan seperti pengurusan yang dilaksanakan oleh rumah kebajikan yang lain.

2. Mereka juga didapati gagal mengemukakan laporan kemajuan kepada penaung rumah kebajikan ini iaitu Pegawai Daerah Kinta.
3. Ada antara Ahli jawatankuasa sudah tidak lagi berfungsi sebagai AJK tetapi masih disenaraikan.

Untuk mengelakan dari berlakunya kepincangan pengurusan terhadapa rumah kebajikan ini YB dato hamidah telah mengariskan beberapa pendekatan yang perlu diambil segera iaitu:

1. YB Dato Hamidah mengarahkan mesyuarat pelantikan AJK pengurusan yang baharu dengan kadar segera untuk memastikan pengurusan dilakukan dengan cekap, jawatankuasa pengurusan yang baharu perlu ditubuhkan kerana ada ahli jawatankuasa yang lama sudah tidak menetap di kawasan Kampung ini.

2. Tanah-tanah yang terbiar disekitar kawasan kompleks ini perlu pergunakan sepenuh supaya dapat menjana ekonomi kepada rumah kebajikan tersebut.

3. YB Dato Hamidah bersama pegawai dari Jabatan Kebajikan Masyarakat dijangka akan turut serta dalam mesyuarat pertama pemilihan jawatankuasa yang akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Bercakap kepada wartawan YB Dato Hamidah turut menyatakan kesediaannya memberikan bantuan bulanan sejumlah RM1000.00 sebulan bagi menampung kos menyelenggara termasuk membersih kawasan. membeli peralatan mencuci dan pembayaran bil kompleks berkenaan. YB Dato Hamidah juga akan berusaha mendapatkan geran peruntukan tahunan dari Jabatan Kebajikan masyarakat.

Walaubagaimana pun sebelum sebarang bantuan disalurkan pihak pengurusan harus memilih ahlijawatankuasa yang benar-benar mampu bagi menguruskan Kompleks ini dengan sistematik.-http://pengundisetiasungairapat.blogspot.com

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");