Perak Hari Ini

Sektor pelancongan Perak alami kemajuan memberangsangkan menerusi peningkatan permohonan daripada pelabur

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata peningkatan permohonan itu berikutan permintaan bilik penginapan yang semakin meningkat di kalangan pengunjung yang datang ke Perak.

“Selain itu, kewujudan beberapa hotel bertaraf empat bintang di sekitar Lembah Kinta serta pembukaan hotel bajet di beberapa kawasan tumpuan pelancong turut menjadi faktor menggalakkan pelabur untuk membina lebih banyak hotel di negeri ini.

“Perkembangan industri perhotelan di Perak yang dialami sejak dua tahun kebelakangan ini menunjukkan keyakinan tinggi pelabur terhadap ekonomi Perak yang semakin rancak dan berkembang.

“Perkembangan rancak itu disokong oleh kedatangan pelancong ke Perak dari dalam dan luar negara yang mencatatkan peningkatan memberansangkan,” katanya.

Zambry berkata, Perak kini menjadi tumpuan pelancong terutama pada hujung minggu berdasarkan kadar penginapan tinggi yang direkodkan menerusi hotel di sekitar Ipoh.

“Saya difahamkan kadar penginapan hotel setiap hujung minggu melebihi 70 peratus,” katanya.

Beliau berkata, kerajaan negeri sentiasa memberi sepenuh sokongan kepada pelabur dan pengusaha yang berminat untuk membuka hotel baru sama ada besar atau kecil bagi menggalakkan sektor pelancongan di negeri ini.-Perak BN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");