Perak Hari Ini

Semua ketua kampung di Perak disaran jalankan tugas dengan penuh amanah

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengingatkan 818 ketua kampung yang dilantik agar mampu melaksanakan tanggungjawab mereka sebaik mungkin dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat.

Beliau berkata, kerajaan negeri serius untuk melantik ketua kampung yang mampu melaksanakan tanggungjawab mereka sekali gus menjadi perantara kerajaan yang disukai masyarakat setempat.

“Pelantikan yang dibuat itu adalah satu tanggungjawab penting dan tidak boleh dianggap sebagai satu keistimewaan.

“Setiap ketua kampung yang dipilih perlu ada sikap ‘sentuhan rakyat’, rajin, mesra dan mudah simpati kepada rakyat kerana mereka adalah pemimpin di peringkat akar umbi,” katanya.

Zambry berkata, mereka yang dilantik mempunyai tugas berat untuk berkhidmat kepada rakyat kerana mereka yang mencerminkan sikap kerajaan sendiri.

“Jika mereka gagal dan tidak mampu memenuhi kriteria yang ditetapkan, saya mengesyorkan mereka tidak meneruskan tugas itu (ketua kampung). Saya tidak mahu ada laporan mengatakan ada ketua kampung yang tidak melaksanakan tugas dan tidak disukai majoriti rakyat.

“Cuma, jika ada sebahagian kecil tidak suka kepada mereka kerana ada masalah dalaman atau politik, itu adalah perkara biasa. Sebaliknya jika ramai yang membenci mereka, sewajarnya mereka berhenti secara sukarela,” katanya.

Katanya, jika ada di kalangan ketua kampung gagal menjalankan tugas mereka, ia seolah-olah menggambarkan kerajaan negeri juga tidak berkhidmat untuk rakyat.

“Jika sebaliknya mereka melakukan amanah dengan baik, insyaallah Barisan Nasional pasti akan menang di Perak.

“Ketua kampung adalah pembela dan pejuang kepada kerajaan. Jadi mereka jangan lupa untuk melaksanakan agenda bagi memperkasakan semula kerajaan kita.

“Justeru, mereka perlu lebih prihatin dan sentiasa mendekati rakyat untuk melihat permasalahan yang dihadapi masyarakat setempat,” katanya.-PerakBN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");