Perak Hari Ini

Sri Iskandar Bussiness Centre bakal jadi mercu tanda terbaru Daerah Perak Tengah

Daerah Perak Tengah bakal menikmati pertumbuhan pesat dengan wujudnya kawasan perniagaan baru, Sri Iskandar Business Centre melalui pembinaan projek komersil membabitkan pelaburan sekitar RM400 hingga RM500 juta.

Projek yang akan dibangunkan oleh Dikir Maju Sdn Bhd itu, dijangka mengubah landskap ekonomi tempatan serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada rakyat Perak.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, berkata projek itu adalah sebahagian daripada pelan pembangunan Seri Iskandar yang turut dikenali sebagai bandar ilmu.

Katanya, melalui projek itu, ia akan menjadi satu lagi mercu tanda di bandar Seri Iskandar sekaligus dapat memberi tempias ekonomi kepada kawasan Bota dan Belanja.

“Dengan wujudnya projek Sri Iskandar Business Centre ini, pembangunan ekonomi setempat akan lebih rancak termasuk mewujudkan bandar baru yang serba lengkap dengan kemudahan.

“Kawasan yang akan dimajukan ini dahulunya dikhaskan untuk industri tetapi memandangkan kepada perkembangan dan permintaan semasa, projek komersil lebih sesuai di sini,” katanya kepada Perak Today selepas melawat mendengar taklimat projek daripada Pengarah Dikir Maju Sdn Bhd, Marcus Loh, di Seri Iskandar, semalam.

Selain membina kedai pejabat 2, 3 dan 6 tingkat, pusat perniagaan itu turut akan menawarkan pelbagai kemudahan kepada pengunjung termasuk gelanggang boling 36 lorong, pasaraya Billion serta kedai makanan segera terkenal seperti Mc Donalds dan Kenny Rogers.

Marcus berkata, projek itu dijangka dimulakan awal bulan depan dan pihaknya yakin ia dapat merancakkan ekonomi tempatan berdasarkan kepada kedudukan Seri Iskandar sebagai hub pendidikan negeri dan permintaan terhadap pusat komersil yang memberangsangkan tahun ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");