Perak Hari Ini

Stadium Perak boleh adakan perlawanan malam- Khairul Azwan

Penyokong Skuad Seladang kini dapat menghela nafas lega apabila kerja menaiktaraf keupayaan lampu limpah Stadium Perak hampir selesai, sekaligus membolehkan semua perlawanan berlangsung pada waktu malam.

Ia hasil sokongan daripada kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang baru-baru ini mengarahkan keupayaan lampu limpah stadium itu ditingkatkan daripada 650 Lux kepada 1,000 Lux.

Pengurus pasukan, Khairul Azwan Datuk Harun, selain berita gembira itu, sejumlah RM1 juta juga dibelanjakan untuk menaiktaraf kemudahan terutama di bilik persalinan pemain bagi memenuhi spesifikasi Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Dalam pemeriksaan FAM baru-baru ini, cahaya lampu limpah di stadium yang dianggap antara tertua di negara ini hanya pada kira-kira 650 Lux iaitu kurang 150 daripada ketetapan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

“Pasukan Seladang akan bermain di bawah cahaya lebih terang selepas ini dan peminat boleh menghela nafas lega kerana semua perlawanan membabitkan skuad ini akan tetap berlangsung di sebelah malam.

“Semua ini menjadi kenyataan kerana kita memiliki pemimpin yang prihatin terhadap perkembangan sukan di negeri ini,” katanya di Ipoh, kelmarin.

Beliau yang juga Bendahari Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) berharap pemain di bawah bimbingan Norizan Bakar dapat membalas pengorbanan kerajaan negeri itu dengan berusaha mengejar keputusan lebih memberangsangkan pada musim ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");