Perak Hari Ini

Warga Thai cedera nahas bas ekspres dibawa pulang

Achara Wiwat yang terselamat dalam nahas melibatkan bas ekspres di Jalan Cameron Highlands - Simpang Pulai dibawa pulang untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Hatyai menggunakan ambulans Hospital Raja Permaisuri Bainun. 7 jan. 2010. - Utusan/ROY AZIS ABD AZIZ

Achara Wiwat, 36, warga Thailand yang terselamat dalam nahas melibatkan bas ekspres di Jalan Cameron Highlands-Simpang Pulai dibawa pulang untuk mendapatkan rawatan susulan di Hospital Hatyai pada pukul 12.10 tengah hari ini dengan menggunakan ambulans Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

Dia yang ditempatkan di Unit Rawatan Tulang Belakang HRPB sebelum ini merupakan mangsa terakhir yang dibawa pulang ke Thailand.

Kaunselor Kedutaan Thailand di Malaysia, Somphong Kangthong yang turut hadir ke HRPB berkata, beliau telah berurusan dengan pihak Hospital Hatyai untuk membawa pulang Achara sebaik sahaja dia tiba di Bukit Kayu Hitam pada petang ini. – Utusan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");