Perak Hari Ini

Zambry: Pilihanraya dalam masa terdekat hanya spekulasi pembangkang

Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan semua Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) minggu ini bertujuan menilai prestasi wakil rakyat dan mendapat maklum balas rakyat terhadap kepimpinan kerajaan dan bukannya menentukan tarikh Pilihan Raya Umum akan datang.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata demikian mengulas mengenai pertemuan permukiman atau ‘retreat’ Perdana Menteri bersama Kelab Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC) yang bakal diadakan minggu ini yang disifatkan kononnya sebagai persiapan mengadakan pilihan raya umum dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata, pertemuan itu perkara biasa dilakukan Perdana Menteri untuk menilai prestasi wakil rakyat dan mendapat maklumat mengenai maklumbalas rakyat terhadap kepimpinan kerajaan selain membincangkan pelbagai isu lain.

“Sebenarnya, Perdana Menteri mengamalkan prinsip “checklist” sebab beliau sentiasa menerima maklumat daripada rakyat,” katanya.

Zambry yang juga Pengerusi BN Perak berkata, tahun lalu Perdana Menteri juga mengadakan program serupa dengan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN seluruh negara.

“Justeru, tidak timbul sebarang isu mengatakan pertemuan itu mempunyai sebarang tujuan mengenai penetapan pilihan raya umum,” katanya.

Bagaimanapun katanya, BN Perak tetap bersedia pada bila-bila masa jika Perdana Menteri membuat keputusan untuk mengadakan Pilihan Raya Umum dalam tempoh terdekat.

“Dalam politik, kita tidak perlu takut dengan pilihan raya. Kita sudah diingatkan bila-bila masa saja kerajaan boleh mengisytiharkan tarikh pilihan raya. Apa yang penting ialah persiapan dalam menghadapinya kerana mahu tidak mahu pilihan raya tetap akan diadakan,” katanya.-Perak BN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");