Perak Hari Ini

31 kanak-kanak dari PAPN Bercham terima sumbangan BAIDURI

Seramai 31 kanak-kanak dari Pusat Anak PERMATA Negara (PAPN) Bercham, dekat Ipoh menerima sumbangan daripada Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI) sempena perayaan Tahun Baru Cina.

Kegembiraan jelas terpancar di wajah kanak-kanak yang yang berumur lingkungan satu hingga empat tahun itu apabila mereka menerima ang pau dan buah limau daripada Yang Di Pertua BAIDURI, Datin Seri Saripah Zulkifli yang juga isteri kepada Menteri Besar.

Hadir sama, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat merangkap Pengerusi PAPN Bercham, Senator Hee Seai Kie.

PAPN Bercham mula beroperasi pada Ogos 2008 dengan kos pembangunan sebanyak RM750,000 termasuk kos peralatan permainan luar.

Sementara itu, Seai Kie, berkata  semua pendidik PERMATA menjalani kursus PERMATA selama enam minggu, termasuk latihan amali sebelum ditempatakan di PAPN masing-masing.

Katanya, sebahagian daripada mereka ini mengikuti Kursus Pendidikan Lepasan Ijazah (KPLI) di institut perguruan dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

“Secara amnya, kumpulan sasaran untuk program PERMATA Negara ini adalah untuk penduduk yang berpendapatan sederhana.

“Pusat ini akan diperluaskan ke setiap kawasan parlimen seluruh negara tetapi sebagai permulaan, sebanyak tiga kawasan parlimen di setiap negeri dipilih sebagai penempatan PAPN,” katanya lagi.

Di Perak, terdapat dua PAPN yang sudah beroperasi sepenuhnya iaitu PAPN Bercham di Ipoh dan PAPN Felda Besout, Sungkai.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");