Perak Hari Ini

Aktiviti Pertama Kelab UMNO diadakan di Perak

Aktiviti pertama Kelab UMNO diadakan di negeri Perak menerusi Majlis Makan Malam dan Ramah Mesra bersama AJK kelab itu serta pesara kanan kerajaan negeri di Kediaman Rasmi Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir malam tadi.

Zambry dalam ucapannya memberitahu, pesara kanan kerajaan negeri antara golongan yang paling setia dengan UMNO khususnya dimana ketika peralihan kuasa di Perak, golongan berkenaan adalah antara yang banyak berkorban dalam memastikan kestabilan negeri.

Jelas beliau, selepas Barisan Nasional mengambil alih pemerintahan Perak, pesara kanan kerajaan adalah antara kumpulan yang banyak membantu beliau selain turut merasai kesusahan pada waktu itu.

“Dalam keadaan itu, kita bersama-sama terus membangunkan negeri Perak ini dan merasai kesusahan ketika mana gelodak politik di negeri ini meruncing,” tambah Zambry dalam ucapan di majlis tersebut.

“Sejak daripada peristiwa itu, kita belajar mentadbir dengan membentuk sebuah pasukan supaya pembangunan di negeri Perak berjalan dengan lancar. Jadi setakat ini, kita sudah boleh nampak banyak perubahan yang telah berlaku hasil usaha bekas penjawat awam.

Dalam majlis tersebut, lebih 300 pesara kanan kerajaaan yang juga ahli kelab UMNO menghadiri aktiviti turun padang yang julung-julung kali diadakan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");