Perak Hari Ini

Anwar Perlu Ditentang Habis-habisan

“Kita akan buktikan Anwar adalah pembohong besar dalam negara, kita akan bongkar bagaimana strategi Anwar Ibrahim, Wan Azizah bersama Azmin Ali memanipulasikan ketuanan Melayu”

Demikian tegas Bekas Pengarah Gerak Khas Parti Keadilan Rakyat Kedah (PKR) Radzi Mat Lazim ketika berucap dalam program Jom Bongkar “ Agenda Tersembunyi” Pakatan Rakyat di Batu Gajah, Perak malam tadi.

Menurut Radzi, niat sebenar parti itu ditubuhkan bukanlah untuk memberi keadilan serta membela rakyat sebaliknya mereka ini hanya mempergunakan rakyat dengan mencipta 1001 pembohongan termasuk fatwa-fatwa sendiri yang kononnya pemimpin parti itu adalah yang paling mulia.

Hakikatnya, Pakatan Rakyat khususnya PKR adalah bukan sahaja sebuah parti yang rakus dengan nafsu dan kuasa malah mereka sememangnya gemar menggunakan jalan belakang hanya untuk melaksanakan agenda politik kotor mereka.

Jelas Radzi, kesemua pemimpin Pakatan Rakyat hanya talam dua muka dimana dihadapan rakyat masing-masing menunjukkan hubungan baik sesama sendiri tapi dalam masa yang sama mereka mengutuk dan mencaci sesama sendiri.

Sebagai contoh, katanya Anwar pernah menghina Nik Aziz dengan pelbagai tomahan dalam satu perjumpaan tertutupnya bersama beberapa pemimpin PKR.

“Kita ada rakaman, bagaimana Anwar mengutuk dan menghina Nik Aziz dengan teruk dalam perjumpaan itu, dan kita akan dedahkan rakaman itu kepada rakyat nanti.

“Jika dahulu saya sibuk memikirkan bagaimana nak menjatuhkan BN dalam pilihanraya demi PKR tapi sekarang setelah melihat sifat syaitan Anwar ini, saya berjuang habis-habisan untuk memusnahkan manusia yang lebih hina dari binatang ini (Anwar).

Sehubungan itu katanya, satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi mengembalikan negeri-negeri  yang sekarang ini berada dibawah pemerintah parti penipu itu kepada Barisan Nasional

“Saya sendiri akan mempengerusikan jawatankuasa itu. Kita akan bergerak untuk kumpulkan dan bongkar apa muslihat tiga serangkai ini (Anwar, Wan Azizah dan Azmin) selain menerangkan kepada rakyat bahawa BN sahajalah parti yang berjuang untuk rakyat.”

Radzi ditemui ketika berceramah dalam program Jom Bongkar ‘Agenda Tersembunyi’ Pakatan Rakyat – Pengakuan Seorang Adik Kandung Sendiri.

Turut hadir dalam program tersebut Saksi Utama Kes Liwat Anwar Ibrahim, Ummi Hafilda Ali serta Exco Kanan Negeri, Datuk Hamidah Osman.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");