Perak Hari Ini

Baiduri sampaikan bantuan khas sempena Tahun Baru Cina

Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak -Baiduri- dengan kerjasama Yayasan Bina Upaya -YBU- meraikan sambutan Tahun Baru Cina dengan penyampaian bantuan khas kepada lebih 40 penerima khas.

Majlis yang dirasmikan oleh Yang Dipertua Baiduri, Datin Seri Saripah Zulkifli diadakan di Kediaman Menteri Besar Perak dan diserikan dengan kehadiran lebih 500 tetamu dimana 400 daripadanya adalah daripada Badan Bukan Kerajaan -NGO-.

Turut menyerikan majlis dengan kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir dan Pengerusi YBU, Dato’ Shaarani Mohamad serta exco-exco kanan negeri Perak bersama isteri masing-masing.

Dalam majlis yang gilang-gemilang itu, Yang Dipertua Baiduri menyempurnakan penyampaian cek Bantuan Makanan kepada 30 penerima yang terdiri daripada warga emas dan fakir miskin serta Penyerahan Replika cek kepada sembilan penerima Skim Mikro Kredit selain menyerahkan Replika Kunci kepada tiga penerima bantuan.

Majlis turut diserikan dengan pelbagai persembahan menarik seperti Tarian Singa serta Koir yang disampaikan oleh ahli-ahli Baiduri.

KLIK PADA LINK UNTUK KE GALERI SEKITAR MAJLIS TERSEBUT

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");