Perak Hari Ini

Pasangan bekas pendidik terima Anugerah Tokoh Keluarga Mithali

Bekas pendidik, Ibrahim Mohd Tahir dan Paridah Jaafar, dipilih menerima Anugerah Tokoh Keluarga Mithali sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat Perak bagi 1432H/2011M.

Pasangan suami-isteri itu dikurniakan enam cahayamata yang berjaya dalam kehidupan masing-masing dengan ada di antara mereka berkhidmat sebagai pengurus, pensyarah dan pegawai kerajaan.

Jawatan terakhir yang disandangnya ialah Guru Besar SK Sungai Jejawi, Teluk Intan sebelum bersara pada 1997.

Sultan Perak, Sultan Azlan Shah berkenan menyampaikan anugerah itu sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri di Masjid Jamek Klebang Restu, dekat Chemor hari ini.

Selain bidang pendidikan, beliau juga turut aktif dalam aktiviti kemasyarakatan seperti menjadi guru agama bertauliah, imam dan khatib jemputan di Masjid An Naim, Taman Seri Setia, Teluk Intan.

Isterinya, Paridah pula pernah berkhidmat sebagai guru agama di beberapa buah sekolah di Daerah Hilir Perak dan Kinta antaranya SK Sg Buluh, Hutan Melintang dan SK Convent Ipoh.

Pada majlis itu juga,  Sultan Azlan turut menyampaikan Anugerah Tokoh Pendakwah kepada Shah Kirit Kakulal Govindji, bekas penganut agama Hindu yang memeluk agama Islam pada 1996.

Tokoh Guru Sekolah Agama Rakyat pula dianugerahkan kepada Guru Besar SAR Islahiah Taman Jati, Hamizah Mat Zain yang sudah 17 berkhidmat di sekolah berkenaan.

Tokoh Pegawai Masjid dianugerahkan kepada Bahari Ahmad, pesara penyelia agama KEMAS dan berkhidmat sebagai imam sejak 1978.

Sementara itu, pesara Tentera Laut Diraja Malaysia, Ishak Bakar, dipilih menerima Anugerah Pegawai Penguatkuasa Agama di atas khidmatnya menyertai aktiviti keagamaan di Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");