Perak Hari Ini

BN selesai masalah semua kaum – Zambry

Pandangan mengatakan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak hanya menumpukan usaha menyelesaikan masalah pemilikan tanah kaum Cina adalah tidak benar.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menegaskan, kerajaan negeri sebenarnya sangat komited untuk menyelesaikan masalah semua rakyat di negeri ini tanpa mengira latar belakang kaum.

Katanya, apa yang berlaku hari ini adalah isu pemilikan tanah merupakan masalah besar yang dihadapi kaum Cina di negeri ini dan ia telah berlarutan sejak sekian lama.

“Tidak benar. Ini bukan seolah-oleh cenderung untuk orang Cina sahaja tetapi dalam konteks negeri Perak setiap kaum ada masalah utamanya dan ia diselesaikan secara adil dan serius oleh kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri sambutan Tahun Baru Cina anjuran MCA Perak di Sekolah Jenis Kebangsaan Yuk Choy di sini, hari ini.

Hadir sama Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek; Menteri Pengangkutan merangkap Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha; Menteri Pelancongan, Datuk Seri Dr. Ng Yen Yen dan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Bukan Islam negeri merangkap Ketua Pemuda MCA Perak, Datuk Dr. Mah Hang Soon.

Zambry berkata, kerajaan negeri mahu masalah yang dihadapi semua kaum diselesaikan secara sistematik, menyeluruh dan bukannya sekadar bersifat sementara atau tempelan semata-mata.

Menurutnya, selain pemilikan tanah, isu lain yang dihadapi penduduk Cina adalah berkaitan pertanian, kolam udang di Manjung, ikan hiasan dan tanaman limau Tambun.

Beliau berkata, kerajaan negeri telah menubuhkan pasukan-pasukan khas dianggotai daripada pelbagai pihak termasuk parti politik bagi memastikan masalah diselesaikan secara menyeluruh.

“Kita sudah mula beberapa siri tindakan kepada masalah itu seperti minta kerajaan Pusat membantu menyelesaikan masalah di Kuala Sepetang dan di peringkat negeri kita berusaha menyelesaikan masalah tanah di kawasan bagan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");