Perak Hari Ini
Like

IDR Mengkoordinasikan Mesyuarat Di Antara Pemandu Dan “Captain Of Industries”

February 18, 2011
259 Views
0 Comments
2 minutes read
IDR Mengkoordinasikan Mesyuarat Di Antara Pemandu Dan “Captain Of Industries”

Pembentukan Institut Darul Ridzuan (IDR) sebagai badan pemikir kepada Kerajaan Negeri Perak adalah bagi mencapai matlamat mewujudkan Perak Amanjaya yang visinya untuk menjadikan Negeri Perak maju dan difasilitasi oleh para profesional yang berpengalaman dari pelbagai industri/bidang.

Tujuan ini secara tidak langsung akan membantu kerajaan negeri dalam mendapatkan kembali pacuan sosio-ekonomi selain meningkatkan Negeri Perak untuk menjadi negeri yang maju pada tahun 2015.

Sehubungan dengan itu, Unit Implimentasi dan Pemantauan IDR (IMU) dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) telah mengadakan satu sesi taklimat mengenai Projek Permulaan (EPP) kepada agensi – agensi kerajaan, persatuan – persatuan industri , badan bukan kerajaan dan wakil sektor swasta negeri Perak.

Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh En. John Low, pengarah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dari Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) bertujuan untuk memberikan keterangan berkenaan Projek Permulaan (EPP) yang telah diumumkan oleh Kerajaan melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) dan Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEAs) serta peranan yang boleh dimainkan oleh kerajaan negeri Perak dan sektor – sektor swasta yang terlibat.

Sesi taklimat yang diadakan pada 16hb Februari 2011 ini, adalah merupakan salah satu daripada inisiatif yang dilaksanakan di bawah bidang keberhasilan utama (KRA) Perak Amanjaya ke 6 iaitu Yayasan dan Gagasan Sektor Swasta Yang Mapan. Bidang Keberhasilan Utama (KRA) 6 telah mengenalpasti kepentingan penglibatan pihak swasta di dalam semua aktiviti ekonomi dan sosial secara lestari di Negeri Perak.

Antara agensi yang hadir ke sesi tersebut ialah Unit Perancang Ekonomi Negeri Perak, Invest Perak, Real Estate and Housing Development Authority (REHDA), Federation of Malaysian Manufacturer (FMM) Perak, Carsem (M) Sdn Bhd, Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Perak (DPMM), Dewan Perniagaan dan Perindustrian India Perak, Hovid Berhad, Uniplaster Group of Companies dan Malaysian International Chamber of Commerce and Industry (MICCI).

Pada tahun 2010 yang lalu, Kerajaan telah mengumumkan 131 Projek Permulaan (EPPs) yang akan dilaksanakan di seluruh negara.

Melalui hasil perbincangan dan taklimat tersebut sebanyak 84 projek telah dikenalpasti akan memberikan impak yang positif terhadap perkembangan ekonomi di Negeri Perak secara umumnya. Adalah diharapkan melalui sesi pembentangan Projek Permulaan (EPPs) ini, sektor swasta dan agensi kerajaan dapat bersama – sama mengambil bahagian dan memainkan peranan di dalam pelaksanaan projek – projek yang telah dikenalpasti di Perak sekaligus dapat merealisasikan visi Perak Amanjaya.

Komen & Pendapat

Leave a Reply