Perak Hari Ini

Isu bantah novel Interlok: Enam ahli HRP Perak ditahan polis

Polis menahan enam lelaki termasuk Pengerusi Parti Hak Asasi Manusia (HRP) Perak, P Ramesh bersama lima lagi anggota parti itu berhampiran Balai Polis Jelapang, kira-kira jam 10.15 pagi semalam.

Kesemua mereka ditahan selepas bertindak agresif dan mencabar polis, kata Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk Zakaria Yusof.

Beliau juga menafikan dakwaan sebuah lawan web berita kononnya polis bertindak kasar terhadap kumpulan berkenaan, sebaliknya penahanan itu dibuat selepas enam anggota konvoi itu bertindak agresif.

“Selain itu, Timbalan HRP negeri, N Subramaniam; 43, turut ditahan kerana menyertai perhimpunan haram bagi membantah penggunaan novel Interlok,” katanya.

Kumpulan dari serpihan pertubuhan haram HINDRAF itu cuba mengadakan perhimpunan haram di beberapa negeri termasuk Perak sebagai membantah penggunaan novel Interlok di sekolah.

Selain Ipoh, HRP turut mengadakan perhimpunan haram di ibu negara serta Rawang; Selangor dan Seremban; Negeri Sembilan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");