Perak Hari Ini

Jalan Baru Akan Bantu Proses Pembangunan Utara Ipoh

Kerajaan Negeri Perak perlu menyiapkan jalan pintas sepanjang 2.2 kilometer yang menghubungkan Taman Klebang Putra dan Bandar Meru Raya bagi membantu mempercepatkan proses pembangunan kawasan utara Bandaraya Ipoh, kata Datuk Bandar Ipoh Datuk Roshidi Hashim.

Beliau berkata laluan yang melibatkan kos sebanyak RM4.6 juta itu akan melengkapkan jalan Taman Klebang Putra ke Jelapang 2 dan Meru Perdana.

Katanya jalan tersebut akan mempercepatkan perkembangan ekonomi dan pembangunan di kawasan Klebang dan Chemor.

“Projek pembinaan jalan pintas itu merupakan baki daripada laluan sebelumnya yang berjaya disiapkan oleh syarikat MK Land sepanjang 1.7 kilometer dengan nilai RM4.5 juta pada tahun 2005,” katanya selepas menyerahkan sijil layak menduduki (CF) kepada sembilan pemilik rumah teres Taman Klebang Putra di sini Ahad.

Roshidi berkata MBI berharap projek pembinaan jalan pintas tersebut dapat disiapkan tahun ini kerana ia akan memberi kesan secara langsung kepada pembangunan di utara Bandaraya Ipoh.

Potensi pembangunan di kawasan itu adalah menggalakkan dan dengan adanya sistem jalan perhubungan yang baik, ia akan menghubungkan beberapa pusat pertumbuhan di sekitarnya, katanya.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");