Perak Hari Ini

Jalan baru Kamunting-Anak Kurau bakal rancak pembangunan di utara Perak

Pembinaan fasa pertama Jalan Kamunting-Anak Kurau dijangka mampu merangsang pertumbuhan ekonomi dan  pembangunan pesat di kawasan utara Perak, khususnya sekitar Kamunting, Batu Kurau, Selama dan Kubu Gajah.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata kerajaan Pusat sudah menyatakan persetujuan untuk membina jalan raya itu dalam tempoh terdekat.

Kerajaan negeri pula katanya, akan berusaha mengenalpasti pembangunan baru yang boleh dilaksanakan di sepanjang jajaran itu dan kawasan sekitarnya.

“Ia selaras dengan komitmen kerajaan negeri yang mahu pembangunan tidak tertumpu di satu-satu kawasan sahaja.

“Sebaliknya, ia perlu diperluaskan ke daerah lain seperti mengenal pasti satu industri utama yang boleh dibangunkan sebagai pencetus lebih banyak aktiviti ekonomi lain,” katanya selepas program Turun Padang Dun Kamunting, semalam.

Sementara itu, kerajaan negeri juga mengadakan perbincangan dengan beberapa pengusaha misai kucing untuk bekerjasama secara strategik dengan Perbadanan Pertanian Negeri Perak (SADC) bagi menjayakan projek tanaman herba itu.

“Projek itu akan dilaksanakan secara perladangan kontrak bagi memberi peluang golongan sasar terutamanya penduduk miskin dan miskin tegar untuk menjana pendapatan.

“Perusahaan tanaman herba mendapat permintaan yang tinggi di pasaran serta mampu dikomersialkan secara meluas,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");