Perak Hari Ini

Jentera BN Perak sedia hadapi PRU-13

Barisan Nasional (BN) Perak bersedia untuk memperkasakan jenteranya bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) sekiranya ia diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam masa terdekat.

Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir memberitahu jentera BN termasuk parti komponen tidak ada alasan untuk berdolak-dalih dalam mempersiapkan diri menjelang PRU akan datang sekiranya ia diadakan.

Katanya, disebabkan negara mengamalkan prinsip demokrasi dimana pemimpin dipilih melalui undi daripada rakyat maka jentera parti perlu mengambil langkah sedia bagi memastikan pemimpin parti itu berada di hati rakyat.

” Tiada alasan untuk menolak pilihanraya apabila masanya sampai kerana kita mengamalkan prinsip demokrasi yang mana rakyat akan memilih pemimpin mereka melalui PRU itu,”katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Sambutan Tahun Baru Cina yang dianjurkan oleh Dewan Perniagaan dan Perdagangan Cina Perak (PCCCI), di sini, semalam.

Selain itu beliau menganggap bahawa melalui program turun padang, rakyat dapat melihat sendiri sejauhmana pendekatan itu dapat membantu serta menyelesaikan permasalahan yang mereka hadapi.

” rakyat bukan sahaja akan menilai pendekatan yang digunakan jentera parti malah ia memberi kredit kepada pemimpin BN dimana ia menunjukkan keseriusan kami untuk membantu rakyat.

Disamping itu, tambah Zambry, kaedah itu juga dapat memberi petunjuk kepada rakyat bahawa kerajaan serius dalam melaksanakan agenda pembangunan melalui beberapa dasar yang dilaksanakan oleh perdana menteri.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan bahawa kerajaan negeri bersetuju untuk menyerahkan tanah kepada PCCCI untuk pembangunan pasar Yau Tet Shin atau Pasar Bulat supaya dapat dijadikan salah satu tarikan pelancong yang datang ke negeri itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");