Perak Hari Ini

Kerajaan Perak Akan Bangunkan Tanah Bekas Tapak ‘Bazaar Bulat’

Kerajaan negeri meluluskan tanah bekas tapak Bazaar Yau Tet Shin atau “Bazaar Bulat” seluas 291 meter persegi di bandaraya ini kepada Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Perak (PCCCI) untuk dibangunkan sebagai sebuah kompleks komersial pelbagai guna.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menyatakan demikian kepada pemberita selepas menghadiri Jamuan Mesra Tahun Baru Cina anjuran PCCCI di sini pada Sabtu.

Bangunan lama di Jalan Theatre itu dibina oleh jutawan tempatan Tet Shin dengan kos RM500,000 pada 1961 sebelum kemudiannya mendermakan bazaar dan tanah itu kepada kerajaan negeri.

Selepas dirobohkan oleh Majis Bandaraya Ipoh kerana strukturnya tidak lagi selamat, telah terbiar selama sepuloh tahun dan dijadikan tempat meletak kenderaan.

Sementara itu, Presiden PCCCI, Datuk Lim Kok Cheong berkata, pembinaan kompleks tersebut dijangka menelan belanja antara RM30 hingga RM40 juta.

Ia mengandungi 500 ruang letak kenderaan, hotel, pameran dan gerai jualan pelbagai produk negeri.

Katanya, pihaknya memerlukan pelabur untuk membina kompleks tersebut memandangkan kosnya tinggi.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");