Perak Hari Ini

Nik Aziz tidak harus menggunakan ugama demi kepentingan politik beliau

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat adalah seorang yang dangkal ilmu jika mengatakan nasionalisme sebagai suatu yang buruk.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, dua tokoh awal parti itu seperti Dr Burhanuddin Al Helmi dan Zulkifli Mohammad pernah membincangkan mengenai nasionalisme secara positif berdasarkan ilmiah tanpa memburukkan mana-mana pihak.
“Tidak pernah kedua-dua tokoh itu menunjukkan nasionalisme sebagai satu amalan paling keji dan harus dihindari sejauh mungkin. Tetapi, bagi Nik Aziz, beliau memutar belitkan semangat nasionalisme dengan Assabiyah yang diamalkan ketika zaman jahiliah Mekah.

“Ia kemudiannya dikaitkan dengan UMNO, semata-mata untuk dijadikan ramuan utama bagi meraih sokongan,” katanya.

Beliau berkata, Nik Aziz adalah seorang ahli politik dan akan bertindak atau bercakap seperti ahli politik.

“Seseorang bergelar tok guru akan lebih berhati-hati bila bercakap dan tidak memburukkan atau mengaibkan orang lain. Malah, seorang pemimpin politik yang baik tidak mengeluarkan kenyataan yang boleh memecah belahkan masyarakat,” katanya.

Tambahnya, Assabiyah yang diperkatakan Nik Aziz adalah politik kaum yang diamalkan jahiliah Khuraisy Makkah yang mengutamakan kaum sendiri tanpa mengira mereka betul atau salah, sedangkan UMNO memperjuangkan nasionalisme untuk kebaikan agama, bangsa serta negara.

Ditanya samada Zambry ingin berdebat mengenai isu berkenaan, beliau berkata perkara itu bukan menjadi keutamaan.

Sebaliknya perlu ada usaha mengelak daripada berlaku perpecahan dalam masyarakat hanya disebabkan kenyataan tidak bertanggungjawab di kalangan pemimpin politik, katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");