Perak Hari Ini

Pafa bayar kadar tetap RM2,000 bagi setiap perlawanan di Stadium Perak

Selepas hutang lapuk RM800,000 dilupuskan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), satu lagi berita gembira diterima Persatuan Bola Sepak Perak (Pafa) apabila kadar sewa dan levi penggunaan Stadium Perak diselaraskan kepada RM2,000 bagi setiap perlawanan pada  musim 2011.

Presiden Pafa, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin, berkata sebelum ini, Pafa membayar RM1,800 bagi sewa penggunaan stadium dan ini tidak termasuk 15 peratus bayaran levi daripada jualan tiket perlawanan kepada MBI.

Katanya, mulai tahun ini, Pafa akan menggunakan pendekatan baru iaitu membayar terus sewa penggunaan stadium sebaik sahaja perlawanan tamat.

“Kita juga menimbang cadangan untuk membayar secara sewa secara bulanan kepada MBI bagi mengelak tunggakan bayaran seperti yang berlaku sebelum ini selain memastikan akaun Pafa sentiasa dikemas-kini.

“Sebagai menghargai sokongan MBI, Pafa akan membantu pihak itu dalam kerja-kerja pembersihan  selepas perlawanan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan logo rasmi penaja MBI di jersi pemain Perak di Dewan Bandaraya Ipoh (DBI) Ipoh, hari ini.

Hadir sama, Datuk Bandar Ipoh, Datuk Roshidi Hashim.

Zainol Fadzi yang juga Exco Belia dan Sukan negeri berkata,  awal Januari lalu, MBI bertungkus-lumus menyiapkan keperluan perlawanan yang ditetapkan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk beraksi di waktu malam.

“Atas usaha dan kerjasama Datuk Bandar sendiri, pasukan Perak akan dapat beraksi di waktu malam seperti yang diingini oleh peminat dan penyokong bola sepak tempatan.

“Inilah kerjasama erat antara MBI dan Pafa yang begitu komited dalam usaha membangunkan semula sukan bola sepak di negeri ini,” katanya lagi.

Sementara itu, Roshidi berkata, kejayaan Pafa membangunkan sukan bola sepak tempatan bergantung kepada sokongan semua pihak dan MBI tidak mahu ketinggalan bagi memastikan anak Perak menyerlah dalam sukan ini.

Tambahnya, dengan meningkatkan pencahayaan di Stadium Perak kepada 864 Lux, perlawanan di waktu malam boleh dilangsungkan yang mana ia sudah melebihi 64 Lux daripada kadar yang ditetapkan oleh FAM.

“Pagi tadi, saya dimaklumkan kita dapat tingkatkan lagi kadar pengcahayaan kepada lima peratus dan ini satu berita gembira kepada rakyat Perak dan penyokong dan pemain skuad Seladang sendiri.

“Latihan juga akan diadakan di Stadium Perak di bawah bimbingan ketua jurulatih, Norizan Bakar,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");