Isu Panas

PAS Larut ajak Raja Ahmad Zainuddin pula untuk berdebat

KUALA LUMPUR, 3 Jan: Ketua Dewan Pemuda PAS Larut Nazri Din menyelar tindakan Ketua Pemuda Umno bahagian yang mungkir janji untuk berdebat isu Melayu Islam.

Beliau yang kecewa dengan ketidakhadiran Mohamad Anuar Arifin pada debat yang dijadual malam semalam mendakwa, pemuda Umno penakut dan hanya pandai bermain wayang.

“Pemuda Umno dilihat cuba bermain wayang apabila satu persatu alasan diberikan untuk mengelak dari menyertai debat dan itu sudah disyaki sedari awal lagi.

“Buktinya sehingga tepat hari dan masa yang dijanjikan untuk berdebat, pemuda Umno masih lagi menyorokkan diri disebabkan takut untuk berdepan dengan pemuda PAS di pentas debat,” kata Nazri kepada Harakahdaily.

Beliau menyatakan, Debat itu pada asalnya dicetuskan Pemuda Umno Larut sendiri yang mencabar Pemuda PAS Larut dan kemudiaannya dipersetujui bersama dengan tajuk ‘Islam dan Melayu’.

Inisiatif penganjuran debat itu kemudiannya disambut oleh sebuah badan NGO dari Institut Pemikir Muda Malaysia (IPMM) yang bersedia menjadi penganjur debat itu.

Nazri turut mendakwa pihaknya mendapat maklumat pemuda Umno Larut mendapat tekanan dari pemimpin tertinggi Umno agar membatalkan debat tersebut kerana dibimbangi rahsia penyelewengan dan kezaliman mereka terhadap rakyat terbongkar.

“Jika ketua pemuda umno Larut tidak mampu berdepan dengan pemuda PAS Larut, saya mencabar supaya Umno menghantar Ketua Umno bahagian, Raja Ahmad Zainuddin bertemu dengan pemuda PAS Larut dipentas perdebatan,” cabarnya.

Beliau turut menyatakan bahawa, pihak pemuda PAS Larut sentiasa bersiap sedia untuk berhadapan dengan siapa sahaja pimpinan Umno sama ada pimpinan dari peringkat bahagian atau negeri asalkan debat yang dicanang selama ini dapat direalisasikan.

Tambahnya, jika Pemuda Umno berani mereka sepatutnya tidak memberikan alasan untuk mengelak dari menyertai debat ini, sebaliknya mengotakan janjinya dan tampil ke pentas debat untuk menyatakan hujah mereka, bukannya bercakap diluar gelanggang sahaja.

Debat itu sepatutnya mempertemukan Nazri Din dan Mohamad Anuar dengan Pengerusi Teras Pengupayaan Melayu (Teras), Azmi Abdul Hamid akan menjadi perantara majlis.

Naib Ketua Pemuda PAS kawasan itu, Akmal Kamarudin sebelum ini sudah menyuarakan kebimbangan terhadap sikap berdolak dalih pemuda Umno yang dari awal mencipta pelbagai alasan.

Ekoran sikap dolak dalih itu juga, tempat asal program terpaksa ditukar ke Dewan Serbaguna Majlis Bandar Selama.

Difahamkan lebih 200 orang ramai hadir bagi menyaksikan debat tersebut, namun akhirnya pulang kecewa akibat sikap ketua pemudaa Umno Larut yang tidak hadir pada program tersebut.

KOMEN TAIPINGMALI TERHADAP PEMBOHONGAN PAS

Isu debat ini adalah modal Pas untukk mencari sokongan dan populariti yang semakin menurun.

Hanya dengan debat sahajalah mereka akan berjaya menarik ramai pemerhati untuk melihat dan memberi sokongan kepada Pas.

Selama ini Pas hanya galak mengadakan ceramah umum dan ceramah mereka semakin tidak mendapat sambuan. Jika dahulu mereka mampu mengutip ribuan ringgit melalui derma jihad kini kutipan semakin kurang.

Mereka yang hadir ke ceramah Pas hanyalah hardcore yang rebus tak hempuk. Manakala pendengar atas pagar semakin tawar untuk mendengar pembohongan mereka.

Berbalik kepada debat Pemuda Pas Larut dan Pemuda Umno Larut , ianya bermula dengan desakan Pas yang ingin berdebat. Apabila Annuar Ariffin menerima pelawaan debat tersebut maka Pas menjadi gelisah dan cuba melengah. Annuar menerima debat dengan bersyarat iaitu 50 penyokong sebelah Pas dan 50 penyokong sebelah Umno. Ia mesti diadakan secara tertutup. [kenyataan Nazri di atas pula ialah Umno yang ajak berdebat].

Pas atau lebih tepat lagi Nazri Din cuba mencari pengganti untuk debat. Cadangan permulaan akan dibuat dibuat di Batu Kurau dan akhirnya Pas memindahkan ke Selama.

Segala urusan permit adalah atas urusan Pas, dan Pemuda Pas bersetuju, tetapi apa yang dikesali ialah Pas memohon permit untuk debat terbuka dan jumlah 50 -50 tidak dipatuhi. lihat apa yang ditulis oleh Pas di atas.

Sehari sebelum debat , permit belum dikeluarkan oleh pihak polis kerana debat dibuat secara terbuka. Pas dengan galak telah mencetak kain rentang dan mengedarkan risalah ke merata tempat untuk menarik penonton. Sedangkan mereka tahu debat tidak diluluskan oleh polis.

Pada 1 Januari 2011, Pas sudah memenuhi kawasan debat. Atas arahan polis Sdr Annur tidak turun kerana akur dengan arahan polis.

Inilah modal Pas untuk melabelkan Pemuda Umno Larut sebagai bacul dan penakut. Padahal merekalah yang bacul dan tidak bercakap benar.

Kini mereka mengajak YB Adun Kubu Gajah selaku Ketua Bahagian Umno Larut untuk berdebat pula.

Ayat ini membuktikan Pas yang galak mengajak Umno berdebat bukannya Umno yang tergila-gila untuk berdebat.

Satu perkara lagi , sila tunjukkan bukti salinan surat permohonan permit debat daripada polis. tunjukkan dilaman blog harakah.

Trend Pas hari ini gila mengajak orang Umno untuk berdebat. Desakan debat tidak perlu dilayan. Lebih baik masa yang ada digunakan untuk bertemu rakyat dan bertanya apakah kehendak mereka mengenai pembanguna setempat.

Bekerja untuk rakyat lebih baik daripada berdebat dengan puak-puak Pas Khawarij, Wahabi dan Syiah yang ternyata membohongi rakyat sejak 50 tahun lalu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");