Perak Hari Ini

Pemuda Umno Perak Buka Pusat Panggilan Setempat Mengenai Pelajar Di Mesir

Pergerakan Pemuda UMNO Perak hari ini membuka pusat panggilan setempat untuk menyalurkan maklumat terkini perkembangan penuntut yang berasal dari negeri ini di Mesir.

Ketuanya Khairul Azwan Datuk Harun berkata penubuhan pusat itu bertujuan membantu keluarga pelajar mendapatkan maklumat terkini mengenai situasi pelajar di negara Timur Tengah itu.

Keluarga penuntut boleh menghubungi pusat itu melalui hotline 05-2411673 dari 9 pagi hingga 9 malam setiap hari bagi mendapatkan maklumat terkini situasi pelajar di Mesir, katanya pada sidang akhbar di sini.

Katanya pergerakan itu memantau perkembangan di Mesir dengan menghubungi pihak Wisma Putra dan wakil Yayasan Perak iaitu pegawai Hal Ehwal Pelajar Timur Tengah Mohamin Abdul Majid.

Lebih 1,000 pelajar dari Perak sedang menuntut di Mesir, katanya.

Sejak Selasa lepas beberapa demonstrasi jalanan dilaporkan berlaku di bandar-bandar besar Mesir termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");