Perak Hari Ini

Penduduk mahu jalan runtuh diperbaiki

Adnan Abu menunjukkan kedalaman lubang yang belum ditimbus dan mengundang bahaya kepada pengguna jalan raya di persimpangan Kampung Gajah ke Teluk Intan, Perak

Jabatan Kerja Raya (JKR) diminta segera membaik pulih tebing jalan yang runtuh sedalam 1.5 meter di persimpangan Jalan Kampung Gajah ke Teluk Intan dekat sini bagi memastikan keselamatan orang ramai yang menggunakan jalan berkenaan.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati lubang di tebing jalan yang tidak ditimbus sejak kira-kira sebulan lalu boleh mengundang bahaya.

Ketua Kampong Parit 9/6R, Abdul Rani Sirun, 59, berkata, lubang itu sudah banyak kali menyebabkan kemalangan kepada pengguna yang melalui jalan berkenaan.

Menurutnya, JKR seolah-olah melambat-lambatkan kerja dengan hanya meletakkan pengadang di tepi tebing sebagai tanda amaran kepada pengguna.

“Sudah sebulan pengadang itu diletakkan di situ tetapi kerja-kerja pembaikan masih juga tidak bermula,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ketua Kampung Kunci Air 4, Adnan Abu, 46, pula mahu lubang itu ditimbus bagi mengelakkan kemalangan kepada pengguna terutama murid sekolah yang menggunakan jalan berkenaan berulang-alik ke sekolah berhampiran.

Jelas beliau, persimpangan jalan itu sentiasa mengalami kesesakan kerana ia menjadi jalan utama kepada pengguna di kawasan terlibat.

“Apabila pengadang diletakkan di situ menyebabkan jalan itu bertambah sempit dan ia boleh mengundang bahaya kepada mereka,” katanya.

Seorang peniaga, Salim Kechil, 45, berkata, kesesakan di jalan itu paling ketara pada waktu bekerja kerana banyak kenderaan menggunakan jalan berkenaan untuk ke tempat kerja.

“Saya sendiri pernah melihat beberapa kejadian kemalangan berlaku di kawasan itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");