Perak Hari Ini

Pengusaha Teksi Perak Diminta Guna Gas Asli

Lebih 6,000 pengusaha teksi di Perak disaran mengunakan gas asli apabila lebih banyak stesen minyak menyediakan pam gas asli NGV, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha.

Beliau berkata kini ada enam stesen minyak yang menyediakan NGV manakala empat lagi akan menyediakan kemudahan itu tidak lama lagi.

“Antara daerah yang sedia ada pam gas NGV ialah di Manjung dan Parit Buntar, manakala empat lagi akan diwujudkan di bandar raya ini (Ipoh), Kamunting dan Tronoh,” katanya kepada pemberita selepas majlis Rumah Terbuka Tahun Baru Cina MCA di sini Ahad.

Katanya, usaha menyediakan pam gas asli kenderaan itu adalah ekoran daripada permintaan para pengusaha teksi Perak sebelum ini.

Beliau berkata empat stesen minyak di Ipoh dijangka mula menyediakan NGV mulai bulan depan.

Setiap kenderaan pengusaha teksi yang dilengkapi dengan kit NGV boleh menjimatkan perbelanjaan antara RM500 dan RM600 sebulan, kata Kong.

Sementara itu, beliau meminta institusi kewangan memberi kemudahan pinjaman khas kepada pengusaha teksi untuk membuat pinjaman bagi memasang kit NGV.

Katanya, kos pemasangan kit tersebut adalah kira-kira RM3,000 setiap kenderaan.

Lebih 3,000 orang termasuk Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir menghadiri majlis itu.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");