Perak Hari Ini

Perkhidmatan Bas Shuttle kepada pelawat Hospital Raja Permaisuri Bainun

Masalah kekurangan tempat letak kereta di Hospital Raja Permaisuri Bainun kini dapat dikurangkan dengan perkhidmatan bas percuma atau Shuttle kepada orang ramai yang ingin berurusan di hospital terbabit.

Exco Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar dan Pengangkutan Awam dan Hal Ehwal Bukan Islam negeri, Datuk Dr. Mah Hang Soon memberitahu initiatif itu diambil bagi meningkatkan mutu perkhidmatan di hospital terbabit dan sekaligus memberi keselesaan kepada orang ramai.

“Pihak hospital sebelum ini ada mendapat aduan berkaitan kekurangan tempat letak kereta jadi, dengan adanya perkhidmatan ini ia diharap dapat memudahkan pelawat serta pesakit datang untuk membuat rawatan di hospital ini.

“Pada masa akan datang, pihak hospital akan sentiasa memastikan mutu perkhidmatan mereka dipertingkatkan dari semasa ke semasa bagi menjamin keselesaan orang ramai.

Selain itu, menurut Hang Soon, penyediaan perkhidmatan itu juga dilihat mampu mengurangkan kesesakan dan kekurangan tempat letak kenderaan yang berlaku di hospital itu.

“Sebanyak lima perhentian bakal digunakan iaitu perhentian di asrama jururawat, kompleks rawatan harian, dewan bersalin, kawasan letak kereta wad bersalin dan kawasan kecemasan,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan Tahun Baru Cina kepada 34 kanak-kanak dari wad pediatrik di sini hari ini.

“Kita galakkan pengunjung untuk menggunakan kemudahan ini dan ia disediakan secara percuma. Perkhidmatan ini akan bermula pada pukul 7 pagi hingga 7 petang setiap hari kecuali pada Sabtu dan Ahad serta cuti umum” katanya.

Tambah Hang Soon, diharap orang ramai tidak melepaskan peluang untuk menggunakan perkhidmatan berkenaan dengan tempoh perjalanan bas setiap 15 hingga 20 minit.

Sementara itu, beliau memberitahu hospital tersebut juga bakal mempertingkatkan lagi bidang perubatan dengan penambahbaikan sebuah mesin Gema Pengimejan Magnetik ( MRI ) dan peralatan MultiSlide CT Scan.

Jelasnya, kedua-dua peralatan baru yang menelan belanja melebihi RM20 juta itu bakal beroperasi sepenuhnya mulai bulan ini.

“Sebelum ini, kita telah mempunyai peralatan seperti ini namun mesin baru ini merupakan teknologi baru yang lebih canggih bagi memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pesakit,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");