Perak Hari Ini

Pertumbuhan Ekonomi Negara Memberangsangkan

Sektor swasta serta galakan pelaburan antara pemacu pertumbuhan ekonomi negara dimana ia sekaligus menunjukkan keberkesanan perbelanjaan kerajaan sepanjang 2010.

Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata kerajaan berjaya melepasi sasaran pertumbuhan ekonomi negara untuk tahun lalu iaitu peningkatan sehingga 7.2 peratus.

Beliau menambah, bagi memperkukuhkan ekonomi negara di masa akan datang, tumpuan akan diberikan sektor yang sama dalam usaha memastikan pertumbuhan secara berterusan agar mencapai status negara maju menjelang 2020.

Untuk tahun 2011 katanya, kerajaan telah menetapkan sasaran pertumbuhan ekonomi sehingga 6 peratus.

Bagaimanapun jelas Husni, peratusan itu melebihi sasaran yang diletakkan penganalisis badan antarabangsa iaitu antara 5.5 hingga 6.5 peratus.

“Peningkatan sektor-sektor ekonomi kita lihat di bahagian permintaan lebih tinggi daripada yang kita jangkakan contohnya dalam bidang eksport, kita dapat lihat peningkatan lebih daripada sasaran begitu juga dengan sektor pembuatan.

“Apa yang penting adalah kita dapat mengekalkan pertumbuhan tersebut dari semasa ke semasa.  Kita yakin ia dapat bertahan.” katanya pada sidang media selepas Majlis Pecah Tanah Surau Kampung Dato’ Ahmad Said, Manjoi pagi tadi.

Dalam pada itu, ketika menjawab persoalan kepada kelembapan unjuran dunia tahun ini, Husni yakin dengan usaha keras semua pihak dan kementerian kerajaan mampu memacu pertumbuhan negara bagi memastikan peratusan tersebut bertahan dengan sasaran yang ditetapkan.

Malah katanya, tumpuan yang diberikan dalam pelaburan sektor swasta pada tahun ini jelas menunjukkan peningkatan dimana jumlahnya kini dilihat melebihi RM 82 billion.

Ahmad Husni berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pembinaan Semula Surau Ahmadiah Kampung Datuk Ahmad Said di Manjoi, Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");