Perak Hari Ini

Seladang meneruskan kecemerlangan bermain di tempat sendiri

Perak meneruskan kecemerlangan bermain di tempat sendiri malam setelah berjaya menjinakkan Negeri Sembilan dengan 2 gol tanpa balas. Segalanya dilihat berbaloi setelah Perak mempamerkan aksi yang jitu di segenap posisi sebaik sepak mula hinggalah ke wisel penamat 90 minit.

Babak pertama, Negeri Sembilan cuba memberi tekanan kepada anak-anak buah Norizan Bakar dengan ,menyajikan corak permainan kasar. Namun begitu, ianya tidak sedikit pun mencalar semangat juang Perak untuk memburu gol. Ketika permainan berusia dua minit, Isma Alif Salim mencuri tumpuan dengan rembatan deras dari penjuru kanan gol lawan. Namun ianya gagal menerjah ke jaring.

Tamat separuh masa, tiada jaringan dihasilkan biarpun Perak dilihat menguasai permainan dan berjaya menyerap serangan pihak lawan.

Perak meneruskan aksi terbaik mereka di separuh masa kedua. Kali ini, Perak kerap kali membuat serangan dari kiri dan kanan padang. Ketika perlawanan memasuki minit ke 51, Shahrul Nizam Mustafa bijak menewaskan Farizal Marlias untuk gol pertama menerusi sepakan penalti, setelah Akmal Rizal Rakhli diasak pertahanan lawan di dalam kotak penalti.

Pada minit ke 75, Mohd Fazrul Hazli Kadri bijak melambungkan bola dari kanan padang terus kepada Akmal Rizal yang berjaya melepasi pertahanan lawan sebelum merembat deras ke penjuru gol untuk gol kedua Perak.

Secara keseluruhannya, ini adalah permainan terbaik Perak di hadapan kira-kira 16 ribu penyokong sendiri. Dengan keputusan ini, Perak seolah-olah melaungkan amaran kepada pasukan-pasukan lain akan kebangkitan mereka, dengan syarat, mereka perlu lebih konsisten untuk perlawanan seterusnya nanti.

Kesebelasan Utama:

Mohd Nasril Nourdin (GK)
Mohd Khairi Zainuddin
Mohd Syazwan Mohd Roslan
Shahrul Nizam Mustapha
Mohd Fazrul Hazli Kadri
K Nanthakumar
Mohd Norhazrul Mustafa
Isma Alif Mohd Salim
Mohd Hisyamuddin Shaari
Mohd Syafiq Jamal (Mohd Shazuan Ashraf Mathews)
Akmal Rizal Ahmad Rakhli

Keputusan Perlawanan Lain 12 Feb 2011:

Kelantan (4) vs Johor FC (1)
Std Sultan Mohamad Ke-IV

Selangor (1) vs Kuala Lumpur (1)
Std Shah Alam

Harimau Muda ‘A’ (3) vs T-Team (1)
Std MBPJ

Felda United (2) vs Pahang (1)
Std Bolasepak PBKL

Sabah (1) vs Kedah (0)
Std Likas

Perlis (1) vs Terengganu (3)
Std Utama Negeri, Kangar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");