Perak Hari Ini

Seladang perkemas jentera serangan hadapi N.9

Skuad Seladang telah mempertajamkan jentera serangan bagi melayan pasukan Negeri Sembilan yang akan berkunjung ke Stadium Perak dalam perlawanan Liga Super yang dijadualkan berlangsung malam esok.

Perak yang berjaya menewaskan Johor FC pada perlawanan ini perlu mendapatkan mata penuh sebagai hadiah kepada penyokongnya yang semakin bertambah dan mula membanjiri stadium.

Presiden Persatuan Bolasepak Peral (Pafa), Datuk Zainol Padzi Paharuddin berkata, pasukan Perak perlu mendapatkan mata penuh pada perlawanan ini sebagai hadiah kepada penyokong yang mula kembali ke stadium memberi sokongan.

”Jentera serangan perlu memperkemaskan serangan dan mencari penyudah kerana pada perlawanan sebelum ini kita gagal menghasilkan jaringan walaupun berpeluang berbuat demikian.

”Prestasi pasukan telah kembali pulih dan saya harap pemain dapat mencari mata penuh dalam perlawanan esok yang saya anggap satu perlawanan penting kerana Negeri Sembilan adalah pasukan yang amat disegani masa kini,”katanya kepada pemberita selepas menyampaikan pakaian jurufoto dan petugas media di Ipoh, hari ini.

Zainol berpesan, pemain hendaklah melupakan yang mereka adalah pemain muda dan baru serta menghadapi pemain pasukan lawan dengan berani dan penuh komited.

Katanya, skuad Seladang telah memperkemaskan barisan serangan, tengah dan pertahanan bagi menghadapi perlawanan dengan Negeri Sembilan.

”Berdasarkan situasi semasa, saya harap kita dapat menewaskan mereka 2-1…itupun sekiranya pemain kita dapat mengawal emosi sepanjang perlawanan,” katanya.

Katanya, penyokong diminta turun beramai-ramai ke stadium untuk menyaksikan perlawanan itu dan memberi sokongan penuh kepada pemain Perak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");