Perak Hari Ini

Sindiket salahguna nama dan pejabat Menteri Besar Perak dikenalpasti

Pihak yang menggunakan nama Menteri Besar dan pejabat beliau untuk mendapatkan kelulusan projek kerajaan negeri sudah dikenalpasti.

Menteri Besar,Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata setakat ini pihak atau individu yang terbabit dalam kes itu berjaya dikesan, tetapi belum ditahan.

“Polis masih menjalankan siasatan dan saya sudah mengarahkan supaya mengumpulkan bukti lebih banyak mengenai kes itu,” katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan identiti atau bilangan individu terbabit kerana masih dalam siasatan polis.

“Apa yang pasti setiap tahun saya ada menerima beberapa kes pemalsuan seperti ini yang dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

“Justeru, perkara ini adalah serius dan tidak boleh dipandang ringan kerana boleh menjejaskan nama kerajaan Perak,” katanya.

Katanya, pihak yang melakukan kegiatan itu mempunyai pelbagai modus operandi dan ramai individu yang terbabit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");