Perak Hari Ini

SPNB Labur RM 200 juta Untuk Projek “Rumah Mesra Rakyat”

Lebih RM 200 juta diperuntukkan bagi tujuan pembinaan 2500 unit Rumah Mesra Rakyat disediakan khas untuk rakyat berpendapatan rendah di seluruh negara.

Peruntukkan yang disalurkan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dilaksanakan dengan bercirikan konsep 1 Malaysia dengan mensasarkan rakyat berpendapatan rendah sebagai pemohon.

Pengarah Urusan SPNB Prof. Dato’ Dr. Kamarul Rashdan Salleh berkata setakat ini syarikat itu menerima lebih 30,000 permohonan dimana ia merupakan antara permintaan yang tinggi sepanjang program pembinaan itu dilaksanakan sejak tahun 2000 lagi.

“Golongan petani, nelayan dan mereka yang berpendapatan rendah antara yang layak memohon dan tahun ini kita lihat kebanyakkan permohonan datangnya dari negeri Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Kita mengutamakan pembinaan Rumah Mesra rakyat ini di kawasan luar bandar di seluruh negara kerana ia bersesuaian dengan aspirasi kerajaan yang bercirikan Gagasan 1 Malaysia dengan mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian dalam masa yang sama.” katanya selepas Majlis Penyampaian Inden Kerja “Projek Rumah Mesra Rakyat” di Ipoh, semalam.

Dalam pada itu, jelas beliau, pihak SPNB sedang giat memperbaiki beberapa kelemahan yang dikenalpasti menjadi punca kegagalan projek terbabit  dengan membuat pemilihan yang lebih teliti terhadap kontraktor.

“Kita akan menggunakan system merit untuk memilih kontraktor yang layak dalam projek ini.

“Setakat ini, 96 kontraktor dipilih berdasarkan system itu dan 140 kontraktor telah disenarai hitamkan berikutan kegagalan mereka menyiapkan projek terdahulu mengikut tempoh yang ditetapkan.

Katanya lagi, sehingga kini projek Rumah Mesra rakyat berkenaan telah membina lebih 15, 079 unit rumah di seluruh negara dengan kos perbelanjaan sebanyak RM 800, 075 juta.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Menteri Kewangan Kedua Dato’ Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Husni yang juga Ahli Parlimen Tambun dalam ucapannya menasihati kontraktor terlibat supaya tidak mensia-siakan peluang yang diberikan SPND dalam usaha memastikan projek berkenaan berjalan lancar.

Menurut beliau lagi, setiap kontraktor perlu menyiapkan “Rumah Mesra Rakyat” berkenaan dan memastikan ia berkualiti tinggi.

“Ia akan sekaligus memberi tanggapan positif  kepada rakyat bahawa kerajaan benar-benar serius untuk membantu menaikkan taraf hidup mereka sekiranya kontraktor dapat menyiapkan projek ini dengan baik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");