Perak Hari Ini
Like

Ummi Hafilda di ceramah Jom Bongkar “ Agenda Tersembunyi” Pakatan Rakyat

February 21, 2011
457 Views
0 Comments
1 minute read
Ummi Hafilda di ceramah Jom Bongkar “ Agenda Tersembunyi” Pakatan Rakyat

Di  Arena Square Batu Gajah, Perak  malam tadi, mencatatkan titik sejarah apabila Saksi Utama Kes Liwat Anwar Ibrahim, Ummi Hafilda Ali hadir dalam satu sesi ceramah untuk mendedahkan siapa sebenarnya Anwar Ibrahim.

Luahan hati Ummi itu, turut menyentuh isu yang mengaitkan dirinya dalam kes liwat Anwar Ibrahim termasuk perihal abangnya Azmin Ali serta Shamsidar Taharin.

Dapat dilihat, pembongkaran siri ceramah Jom Bongkar “ Agenda Tersembunyi” Pakatan Rakyat – Pengakuan Sebenar Seorang Adik Kandung turut dihadiri Bekas Pengarah Gerak Khas PKR Kedah, Radzi Mat Lazim serta Exco Kanan Perak, Datuk Hamidah Osman.

Lebih 2000 rakyat yang mahukan kebenaran hadir dalam program terbabit untuk mendengar sendiri pembongkaran yang diluahkan Ummi melalui pendedahan dan cerita panas yang selama ini timbul dalam pelbagai versi palsu.

Dapat dilihat orang ramai sanggup berdiri di kawasan luar dewan hanya untuk mengetahui persoalan siapakah Azmin dan Shamsidar di mata Anwar berikutan hanya 1000 kerusi disediakan pada program terbabit.

Apa-apa pun ucapan berani Ummi mengenai skandal ketiga-ketiga individu yang disifatkan sebagai manusa bertopengkan syaitan itu adalah antara luahan ekslusif beliau dimana selama ia tidak pernah disampaikan kepada umum.

Komen & Pendapat

Leave a Reply