Perak Hari Ini

100,000 penerima Skim Insuran Khairat Kematian didaftarkan: Hamidah

Sejak dilancarkan Ogos tahun lalu, seramai 100,000 penerima Skim Insuran Khairat Kematian berjaya  didaftarkan menerusi program perlindungan kerajaan Perak, demikian menurut Exco Kanan negeri, Datuk Hamidah Osman.

Beliau turut menggesa semua ketua kampung di negeri itu terutamanya di Dun Sungai Rapat supaya mendaftar segera individu yang layak menerima skim berkenaan.

Jelasnya, sasaran individu yang layak menerima skim ini iaitu 300,000 peserta masih belum dapat dipenuhi setakat ini.

“Setakat ini, hanya 100,000 peserta yang didaftarkan sedangkan sasaran kita ialah 300,000 orang. Jadi saya berharap semua ketua kampung terutamanya di Dun Sungai Rapat berusaha lebih keras untuk mendaftar individu yang layak menerima skim ini.

Skim insuran khairat kematian ini dikhususkan untuk warga negeri Perak yang berkelayakan dan antara syarat yang ditetapkan ialah pemegang Kad OKU, penerima bantuan bulanan Baitulmal dan JKM, ketua isi rumah Orang Asli, warga emas miskin tegar (65-75 tahun) dan peserta E-Kasih.

Umur pemohon bagi setiap kategori mestilah tidak melebihi 75 tahun.

Sebarang pertanyaan atau urusan mendapatkan borang, orang ramai boleh menghubungi Pejabat Penghulu, ketua kampung, ketua cawangan UMNO masing-masing dan Pejabat Pusat Khidmat DUN Sungai Rapat untuk keterangan lanjut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");