Perak Hari Ini

150 lagi desak Anwar serah DNA

Jika semalam lebih 1000 Wanita Umno cawangan Gopeng membuat demonstrasi mendesak Ketua Umum PKR Anwwar Ibrahim menyerahkan DNAnya secara rela, hari ini kira-kira 150 lagi rakyat Perak membuat perkara yang sama dihadapan pejabat PKR, PAS dan DAP negeri itu.

Dalam bantahan tersebut kesemua mereka menggesa Anwar untuk berani menyerahkan DNA beliau sepeti yang diminta pihak pendakwaraya mahkamah tinggi bagi membuat perbandingan sama ada terdapat persamaan dengan identiti lelaki Y atau tidak.

Wakil kumpulan bantahan tersebut, Zahari Yahya memberitahu apa yang rakyat mahukan hanya penjelasan daripada Anwar mengenai kedegilan dan keengganan beliau untuk menyerahkan DNA.

Selain itu katanya lagi, desakan itu dibuat bagi menyelesaikan kecelaruan dikalangan rakyat berhubung identiti Lelaki Y yang sehingga kini masih belum dikenalpasti.

“Saya tidak faham mengapa Anwar masih enggan menyerahkan DNAnya kepada pihak berkuasa mungkin DNA lelaki Y itu adalah miliknya dan sebab itu dia begitu takut untuk berbuat demikian.

“Kami rakyat Perak menuntut parti PAS, PKR dan DAP untuk mendesak Anwar sebagai ketua pembangkang menyerahkan DNA beliau dan janganlah berselindung disebalik kebenaran yang sebenar.

“Kalau Anwar benar-benar merasakan dirinya tidak bersalah dan pemimpin pembangkang yang lain juga merasakan begitu maka tidak salah untuk beliau perlu menyerahkan DNAnya.

Menurut beliau lagi, sebagai pemimpin Anwar sepatutnya berani untuk menjelaskan keadaan sebenar dan bukanlah hanya memberi alasan yang tidak munasabah.

Menyifatkan Anwar sebagai pemimpin yang bacul, jelasnya, rakyat Perak tidak akan menghentikan desakan tersebut selagi beliau masih berdegil dan enggan bekerjasama dengan pihak pendakwaraya.

“Rakyat sekarang sudah sedar yang kita sekarang sedang berdepan dengan pemimpin yang bertopengkan Islam tetapi mempunyai sifat yang lebih teruk dari seekor binatang.

“Jadi sekiranya Anwar adalah anak jantan dia patut tunjukkan kebenaran dan serahkan DNAnya bagi mengenalpasti adakah benar DNA Lelaki Y itu adalah bukan miliknya.

“Kami mahu Karpal Singh, Nik Aziz, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng untuk mendesak ketua yang mereka sayangi itu untuk menjadi anak jantan dan serahkan DNA beliau kepada pihak berkuasa jika tidak mereka juga boleh dianggap penakut dan bersengkongkol dalam kes liwat Anwar.

“Andai kata Anwar enggan memberi DNA, maka sahlah andaian bahawa DNA lelaki Y tersebut adalah DNA beliau.”

Turut serta dalam Demonstrasi Bantahan berkenaan lebih 7 NGO termasuk dari Persatuan Ayahanda Penasihat Insan Malaysia dan Persatuan Silat Gayung Perak.

Ketika melaungkan desakan tersebut kumpulan berkenaan juga menampal poster desakan di ketiga-kita pejabat parti pembangkang negeri.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");