Isu Panas

200 ahli PKR Bayan Baru keluar parti

Seramai 200 anggota Persatuan Sami-sami Hindu Pulau Pinang yang menganggotai Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Bayan Baru di sini, mengisytiharkan keluar parti hari ini.

Pengerusi Persatuan Sami-sami Hindu Pulau Pinang, S Dhinabalan, berkata keputusan meninggalkan perjuangan mereka bersama PKR dibuat kerana kecewa terhadap parti itu yang gagal membela nasib dan kebajikan kaum India di negeri ini.

“Mereka membuat keputusan keluar parti itu selepas hilang kepercayaan kepada kepimpinan parti yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis berhubung dakwaan video seks Anwar di Balai Polis Bayan Baru di sini.

Beliau yang juga bekas Anggota Jawatankuasa PKR Bayan Baru berkata, hala tuju parti itu kini semakin tidak menentu dan hanya mementingkan perjuangan individu malah kepentingan serta hak kaum India di negeri ini tidak dijaga oleh kepimpinan pakatan pembangkang.

Dhinabalan yang menyertai PKR sejak tahun 2008 telah mengambil keputusan keluar parti itu tahun lalu, diikuti 200 anggota persatuan itu hari ini.

Persatuan itu mempunyai seramai 280 anggota di sekitar Pulau Pinang. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");