Perak Hari Ini

Anwar dicabar serah DNA

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Anwar Ibrahim digesa untuk menyerahkan DNA beliau bagi membuat perbandingan sama ada terdapat persamaan dengan identiti lelaki Y atau tidak.

Cabaran itu disuarakan lebih 1000 Wanita Umno cawangan Gopeng yang diketuai Adun Sungai Rapat Datuk Hamidah Osman dengan membuat memorandum untuk dihantar kepada Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail dan juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar.

Menurut Hamidah desakan itu dibuat bagi menyelesaikan kecelaruan dikalangan rakyat berhubung identiti Lelaki Y yang sehingga kini masih belum dikenalpasti.

Katanya, sekiranya Anwar benar-benar merasakan dirinya tidak bersalah maka beliau perlu menyerahkan DNAnya secara sukarela tanpa sebarang desakan dan keengganan Anwar sudah jelas menunjukkan beliau cuba merahsiakan kebenaran sebenar kepada rakyat.

“Bagi kami sekiranya Anwar adalah anak jantan dan tidak takut kepada kebenaran dia perlu menyerahkan DNAnya bagi mengenalpasti adakah benar DNA Lelaki Y itu adalah bukan miliknya.

“Sampai ke hari ini dia masih lagi nak berdolak dalih dihadapan mahkamah, membuat 1001 alasan supaya ujian ke atas DNA nya tidak dijalankan.

“Andai kata Anwar enggan memberi DNA, maka sahlah andaian bahawa DNA lelaki Y tersebut adalah DNA beliau.” katanya ketika ditemui selepas Demonstrasi Desakan tersebut di Batu Gajah, Perak.

Jelasnya, jika selama ini tiada desakan dibuat berhubung penyerahan DNA tersebut maka sekarang sudah tiba masa untuk rakyat menggesa Anwar supaya mendedahkan sejauhmana kebenaran yang beliau cuba tegakkan seperti yang dipohon oleh Pendakwaraya baru-baru ini.

Tambah Hamidah lagi, sebagai Ketua Umum parti itu Anwar perlu menamatkan spekulasi dan menjelaskan kepada rakyat mengenai kewujudan identiti Lelaki dalam kes liwat terbabit.

Justeru, satu-satu cara untuk merungkai persoalan samada lelaki Y tersebut adalah Anwar atau tidak hanyalah melalui ujian keatas DNA beliau sendiri.

Dalam pada itu, desakan tersebut juga menggesa Wan Azizah serta Nurul Izzah selaku isteri dan anak kepada Anwar untuk membuat pengakuan bersumpah bahawa kedua-dua mereka tidak mengetahui mengenai perilaku beliau yang gemar mengamalkan seks songsang.

“Kita mahu Wan Azizah dan Nurul Izzah bersumpah bahawa mereka tidak tahu mengenai perilaku seks songsang Anwar yang suka melakukan seks diluar tabii atau meliwat.

Cabaran itu dilihat mendapat sokongan bekas setiausaha sulit Anwar iaitu Rahimi Osman yang turut serta dalam demonstrasi desakan tersebut.

Rahimi ketika ditemui memberitahu, desakan seperti itu perlu dibuat dengan lebih meluas bagi menggesa Anwar menyerahkan DNAnya.

Katanya, sekiranya Anwar masih enggan menyerahkan DNA beliau setelah desakan demi desakan dibuat maka ia sudah tentu akan menimbulkan kesangsian kepada rakyat.

“Bagi saya desakan seperti ini memamg perlu diperbanyakkan lagi, namun jika Anwar masih berdegil dan enggan menyerahkan DNA beliau maka rakyat boleh fikir sendiri mengapa beliau berbuat demikian.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");