Perak Hari Ini

Banjir Di Daerah Kerian Beransur Pulih

Keadaan banjir di Daerah Kerian beransur pulih dengan hanya 258 penduduk masih ditempatkan di pusat-pusat pemindahan petang ini.

Jurucakap Bilik Gerakan Banjir daerah berkata kesemua mangsa berada di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Merak dan SK Alor Pongsu dan akan dibenarkan pulang setelah air di kampung mereka surut.

Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat terkini diminta menghubungi bilik gerakan itu di talian 05-7213723, katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, pusat pemindahan banjir di SK Haji Dahalan dan Dewan Orang Ramai di Alor Pongsu ditutup sementara selepas semua mangsa yang ditempatkan di situ dibenarkan pulang sejak semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian, Supt Mat Fauzi Nayan berkata mangsa banjir yang dibenarkan pulang sejak petang semalam terdiri daripada penduduk Kampung Alor Setangguk.

Beliau berkata mereka yang masih berada di pusat pemindahan adalah penduduk Kampung Matang Pasir, Kampung Tanjung Bugis, Kampung Parit Simpang Lima, Batu 37 dan 38 Jalan Keretapi, Kampung Parit Abu Hasan, Parit Haji Hasan Ban, Batu 40 Jalan Bukit Merah, Parit Mat Keling, Kampung Tebuk Pancur, Kampung Parit Ayer Hitam, dan Kampung Perlis.

Lebih 500 penduduk terpaksa dipindahkan sejak beberapa hari lepas apabila kampung mereka dinaiki air sedalam 0.5 meter hingga 1 meter ekoran langkah melepaskan air dari empangan Bukit Merah yang berada di paras bahaya akibat hujan lebat.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");