Perak Hari Ini

Bank Rakyat sumbang zakat RM258,950

YUSOF Abdul Rahman (dua dari kiri) meyerahkan replika cek kepada Ommi Kalsom Mohamad di Hotel SSL Traders di Kamunting, Perak, baru-baru ini.

Bank Rakyat memperluaskan tanggungjawab sosialnya dengan menyalurkan sumbangan zakat RM258,950 bagi membantu 2,589 murid di 89 sekolah kebangsaan di daerah Larut Matang dan Selama.

Sumbangan itu disampaikan oleh Pengurus Besar Kanan, Perkhidmatan Korporatnya, Yusof Abdul Rahman kepada Pegawai Pelajaran Daerah berkenaan, Ommi Kalsom Mohamad di Hotel SSL Traders di Kamunting di sini baru-baru ini.

Yusof dalam ucapannya berkata, sumbangan wang zakat itu merupakan tanda keprihatinan bank dalam membantu meringankan beban murid yang kurang berkemampuan.

“Bantuan ini dapat mendekatkan sektor korporat dengan masyarakat bagi mewujudkan komuniti yang prihatin dan penyayang,” katanya.

Menurut Yusof, sebelum ini Bank Rakyat telah mengeluarkan zakat RM924,950 untuk diagihkan kepada golongan asnaf yang layak di negeri ini.

Kata beliau, selain pengeluaran zakat, Bank Rakyat turut mengadakan pelbagai aktiviti kemasyarakatan di seluruh negara termasuk di Perak.

Antara aktiviti itu ialah sumbangan kepada wad pediatrik, membaik pulih rumah dan masjid, aktiviti gotong-royong, sumbangan van jenazah, penganjuran seminar pendidikan dan beberapa aktiviti lain.

“Kita juga memberikan sumbangan berjumlah RM50,000 kepada pelbagai organisasi dan badan kerajaan untuk menganjurkan aktiviti kebajikan,” ujarnya.

Yusof berkata, sokongan yang diberikan kepada Bank Rakyat akan membolehkan bank itu meningkatkan program khidmat masyarakat dan bantuan kepada golongan yang memerlukan sejajar dengan operasi perbankan yang melaksanakan sistem muamalat Islam.-Utusan

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");