Perak Hari Ini

BN Perak sedia hantar Skuad Sayang, Pemuda dan bahagian bantu jentera hadapi pilihan raya Sarawak

Barisan Nasional (BN) Perak bersedia menghantar pasukan terdiri Skuad Sayang, Pemuda dan bahagian bagi membantu jentera parti menghadapi pilihan raya Sarawak ke-10,  yang ditetapkan pada 16 April ini.

Pengerusinya yang juga merangkap Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, bagaimanapun berkata, jumlah pasukan yang akan dihantar ke Sarawak masih belum dapat dipastikan lagi setakat ini.

“Pasukan yang akan kita hantar ini terdiri daripada Skuad Sayang, Skuad Pemuda dan juga bahagian-bahagian yang terlibat.

“Perbincangan akan diadakan dengan Jabatan Ketua Menteri Sarawak yang bertindak sebagai penyelaras pilihanraya dan senarai pasukan itu sedang disiapkan ketika ini, ” katanya kepada pemberita di Sitiawan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 diadakan pada 16 April, manakala penamaan calon ditetapkan pada 6 April depan.

Pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika mengumumkan tarikh tersebut memberitahu, SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Yang Dipertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Haji Muhammad Salahuddin pada 21 Mac lalu berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak.

Abdul Aziz memberitahu, seramai 979,796 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 961,433 pemilih biasa dan 18,363 pemilih pos dijangka akan menunaikan tanggungjawab mereka pada hari pengundian itu kelak.

Menurutnya, daftar pemilih yang digunakan bagi pilihan raya kali ini ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009, Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010, Suku Tahun Ketiga 2010 dan Suku Tahun Keempat 2010 yang diwartakan pada 25 Mac 2011.

Sebanyak 1,749 Pusat Mengundi yang mengandungi kesemuanya 2,606 tempat mengundi (saluran) dan seramai 24,379 orang pegawai dan petugas pilihan raya akan dilantik untuk membantu SPR mengendalikan pilihan raya ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");