Perak Hari Ini

BN Perak siap sedia Perang Politik Baru

Ahli dalam komponen Barisan Nasional Perak disarankan untuk bijak mempersiapkan diri dengan ilmu dan strategi dalam perjuangan mereka.

Ini berikutan cabaran politik yang kini jauh berbeza dengan zaman dahulu terutama dari aspek lanskap, suasana mahupun pemikiran serta strategi yang dilaksanakan.

Pengerusi BN Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir ketika memperingatkan hal itu dalam Konvesyen BN peringkat negeri di Lumut hari ini turut menegaskan, suasana peperangan baru dalam politik perlu diatasi sebaik mungkin baik bagi memperkasakan benteng parti dalam menghadapi serangan musuh.

Menyifatkan fenomena politik sekarang sebagai lanskap peperangan baru, menurut beliau, ahli parti itu perlu sedar perubahan dari segi serangan atau strategi perlu dilaksanakan dengan segera.

Jesteru itu beliau telah memperkenalkan 5 elemen penting yang boleh diaplikasian sebagai garis panduan kepada ahli BN negeri bagi menghadapi cabaran politik dari pembangkang yang sudah berada di peringkat yang paling teruk.

Sebagai langkah pertama tambah Zambry, ahli BN harus mengenali musuh mereka sama ada dari aspek kekuatan atau kelemahan bagi memudahkan strategi peperangan dirangka dengan lebih teliti.

Selain itu katanya, pemimpin parti itu juga perlu menyesuaikan diri dengan keadaan semasa dimana pendekatan atau agenda politik yang direncanakan bukan sahaja tidak ketinggalan zaman malah ia mampu memberi kesan kepada ahli-ahli dari Pakatan Rakyat.

“Yang ketiganya pula… saya mahu ahli BN supaya mengenalpsti pendekatan yang paling sesuai untuk menghadapi tekanan dalam usaha menangkis serangan musuh.

“Elemen seterusnya…. adalah menjadi kepentingan bagi setiap ahli untuk merangka strategi serang balas yang lebih jitu dengan menggunakan pelbagai alternatif disamping seiring dengan tuntutan zaman yang serba moden ini.

“Dan yang terakhir… bagi memastikan peperangan politik ini berjaya…. kita perlu kenal pasti sumber dan tenaga yang ada.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan para pemimpin BN agar tidak mengambil mudah tanggungjawab kepada rakyat dan sentiasa membuat anjakan diri agar parti ini tidak lenyap ditelan zaman.

Berteraskan konsep 1 Malaysia yang kini menjadi keutamaan Barisan Nasional beliau yakin perpaduan dan semangat persaudaraan diantara ahli-ahli BN akan terus utuh.

Katanya, sejajar dengan landasan menuju ke Pilihanraya Umum ke 13, BN perlu membuat persiapan rapi termasuk dengan menggunakan teknologi sebagai sumber peperangan politik baru ini.

“Tidak dapat dinafikan…. peranan Twitter dab Facebook adalah begitu penting dalam usaha kita menghadapi dan menangkis serangan musuh…. ini tidak termasuk lagi dengan web-web portal dan blog…. kesemua elemen ini memang tidak dapat dinafikan mampu memberi impak kepada rakyat.

“Kita boleh lihat bagaimana di Mesir…. hanya melalui Facebook satu fenomena terburuk berlaku dimana ada yang menggangap ia sebagai Revolusi FB.” katanya dalam ucapan di Konvensyen BN Perak pagi tadi.

Sehubungan itu, Zambry meminta ahli BN negeri itu supaya lebih peka dengan peredaran zaman dan tidak berada di takuk lama dan mengamalkan strategi yang telah lapuk.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");