Perak Hari Ini, Sukan Hari Ini

Bola Sepak Piala Amal Menteri Besar: MB lincah di padang bola.

Tidak hanya aktif turun padang meninjau permasalahan rakyat.

Bagi Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul kadir, kelincahan itu turut ditunjukkan di padang bola.

Namun tujuannya tetap untuk rakyat dengan menjadikan perlawanan Bola Sepak Piala Amal Menteri Besar sebagai medium mengumpul dana.

Sebanyak RM10,000 berjaya dikutip ketika penganjuran perlawanan antara pasukan pilihan veteran Menteri Besar dengan pasukan veteran kebangsaan.

Ia disalurkan ke Yayasan Kebajikan Atlet Negara (YAKEB) hasil daripada kutipan jualan tiket dan sumbangan pelbagai pihak.

Berlangsung malam tadi di Stadium Perak, Ipoh perlawanan ini lebih kepada memperlihatkan semula aksi bekas-bekas pemain bola sepak negara.

Ternyata sengatan veteran kebangsaan masih berbisa apabila menang pada perlawanan ini dengan jaringan 1 – 0 yang disempurnakan oleh Shahril Majid pada minit ke 46.

Perlawanan 80 minit ini memaparkan aksi lincah bekas pemain berpengalaman yang saling mengasak ke gawang gol.

Perlawanan julung kali ini turut membariskan pemain seperti Khalid Ali, Shukor Salleh, K. Gunalan, Azizul Abu Hanifa, Ahmad Sharul Azhar dan A.Elanggovan.

KLIK PADA LINK UNTUK KE GALERI GAMBAR SEKITAR PERLAWANAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");