Perak Hari Ini

Bonus 4 bulan gaji untuk kakitangan PPPNP

Kakitangan Perbadanan Pembangunan Pertanian Perak (PPPNP) bakal menerima berita baik dengan pengumuman kerajaan negeri mengenai pemberian bonus 4 bulan gaji tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir ketika mengumumkan perkara itu memberitahu keputusan pemberian bonus terbabit dibuat setelah mendapati perkembangan kewangan PPPNP yang memberangsangkan.

Justeru katanya, lebih 219 pekerja PPPNP akan turut sama merasai sedikt sebanyak prestasi baik yang ditunjukkan perbadanan tersebut.

Dalam pada itu menurut Zambry, kerajaan negeri juga telah bersetuju untuk memberikan pencen penuh kepada kakitangan PPPNP samada eksekutif atau yang bukan eksekutif.

“Kakitangan perbadanan selepas ini akan menerima wang pencen sebanyak 100% dari gaji terakhir mereka.

“Sebelum ini hanya kakitangan eksekutif sahaja yang menerima pencen penuh namun kerajaan negeri membuat keputusan untuk memberikan semua kakitangan PPPNP pencen 100%.

“Jadi kepada pekerja PPPNP yang bersara bermula tahun ini… kesemua mereka akan menerima kadar pencen yang baru ditetapkan ini,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat PPPNP petang tadi.

Menurut beliau lagi, kesemua kakitangan PPPNP selama ini telah menunjukkan komitmen dan prestasi baik sehingga menjadikan perbadanan tersebut berjaya memperoleh keuntungan yang tinggi.

Jelas Zambry, apa yang diharapkan kini adalah dengan pemberian bonus dan pencen tersebut, kakitangan PPPNP dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada perbadanan tersebut.

“Kita mahu semua kakitangan bekerja dalam keadaan yang senang hati tanpa rasa tertekan,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");