Perak Hari Ini

DAP Dalang yang Lakukan Penderhakaan Kepada Sultan Perak

Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah melakukan penderhakan kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah apabila terus menyalahkan istana di atas kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak dua tahun lalu.

Ahli Jawatankuasa UMNO Negeri Datuk Saarani Mohamad berkata penderhakaan yang dilakukan Nizar membuktikan wakil rakyat PAS itu tidak layak menjadi seorang pemimpin lebih-lebih lagi bagi masyarakat Melayu.

Katanya Nizar seharusnya beristifar kerana masih gagal sedar bahawa jatuh bangun seseorang itu telah ditentukan oleh Allah seperti yang termaktub dalam ayat-ayat Al-Quran.

“Allah yang tentukan seseorang itu boleh terus berkuasa ataupun tidak. Nizar harus beristifar dan menerima kententuan Allah dan jangan salahkan pihak lain,” katanya ketika dihubungi.

Saarani yang juga Ahli Exco Kerajaan Negeri diminta mengulas kenyataan Nizar yang menamakan pihak istana sebagai salah satu daripada lima entiti bertanggungjawab menyebabkan kejatuhan Pakatan Rakyat pada Feb 2009.

Empat entiti lain adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Ketua Setiausaha Negara, Pengarah Jabatan Agama Islam dan Setiausaha Negeri Perak.

“Seorang pemimpin yang baik tidak akan menunding jari kepada orang lain. Lebih baik dia muhasabah diri sendiri. Kejatuhan Pakatan bukan digulingkan tetapi adalah kerana faktor 3N (Nizar, Ngeh dan Nga) sehingga ramai ADUN mereka keluar parti,” kata Saarani.

Beliau turut menyelar sikap Nizar yang seolah-olah menyeru rakyat Malaysia bangkit menentang kerajaan seperti apa yang berlaku di negara Timur Tengah.

“Ini menunjukkan Nizar tidak cintakan keamanan. Nizar masuk kampung keluar kampung menabur benci dan fitnah di hati penduduk kampung. Apa yang dibuat Nizar menunjukkan dia tidak boleh jadi pemimpin yang baik kerana mempunyai niat memecah belahkan rakyat.

“Segala tindak tanduk Nizar jelas membuktikan di umpama mengikut telunjuk orang bukan Islam yang berada di belakangnya,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");