Berita Hari Ini

Ekonomi Malaysia Mampu Kekal Catat Pertumbuhan Kukuh, Kata Zeti

Ekonomi Malaysia pada kedudukan yang kukuh untuk mengekalkan pertumbuhan lima hingga enam peratus pada masa depan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz.

Zeti berkata ini kerana Malaysia mempunyai asas dan fleksibiliti ekonomi yang boleh disesuaikan, beralih ke bidang baru aktiviti ekonomi serta meningkatkan kelebihan perbandingan bidang baru dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan untuk menuju ke pertumbuhan ekonomi tinggi.

Bank pusat mengunjurkan pertumbuhan pada lima hingga enam peratus bagi Malaysia tahun ini dengan pertumbuhan lebih teguh pada separuh kedua dan sederhana pada separuh pertama.

“Unjuran pertumbuhan telah mengambil kita harga minyak pada harga US$90-US$100 setong,” katanya.

Beliau berkata demikian pada taklimat media bersempena pelancaran Laporan Tahunan 2010 BNM dan Laporan Sistem Pembayaran dan Kestabilan Kewangan 2010, di sini Rabu.

Mengenai sama ada sasaran pertumbuhan enam peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) boleh dicapai, beliau berkata: “Pada kedudukan ini, dalam penilaian kami, ia boleh dicapai di masa depan dengan pertumbuhan lima hingga enam peratus.”

Zeti berkata unjuran inflasi pada 2.5-3.5 peratus pada 2011 adalah membimbangkan.

“Situasi ini, bagaimanapun, dapat diurus dan kita mengambil kira tahap ini. Unjuran pertumbuhan ini telah mengambil kira kesan yang mungkin terhadap penggunaan.”

Zeti berkata adalah penting untuk mempunyai persekitaran makroekonomi yang stabil bagi mencapai pertumbuhan enam peratus untuk 10 tahun akan datang.

“Sebaliknya, akan terdapat pertumbuhan tinggi dan inflasi yang tinggi untuk satu atau dua tahun, dan kemudiannya turun kepada pertumbuhan yang lebih perlahan setelah kuasa membeli dan daya saing terhakis,” katanya.

Beliau berkata becana alam yang melanda Jepun tidak memberi kesan ketara kepada pertumbuhan KDNK negara kerana ia dipacu terutamanya oleh permintaan dalam negara.

— BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");